Usaha kebajikan diteruskan

Usaha kebajikan diteruskan

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Sukarelawan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Meragang kelmarin meneruskan aktiviti berkebajikan iaitu bergotong-royong mengadakan kempen kebersihan di salah sebuah rumah ibu tunggal di Jalan Kamangsi Timur, RPN Kampung Meragang.

Ia adalah bagi membantu ibu tunggal dan masyarakat yang kurang berkemampuan dalam menjaga kebersihan bersama khususnya di persekitaran RPN Kampung Meragang.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kapok, Haji Marali bin Haji Ahmad selaku Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Meragang.

Kempen kebersihan di sebuah rumah ibu tunggal di Jalan Kamangsi Timur, RPN Kampung Meragang.
Kempen kebersihan di sebuah rumah ibu tunggal di Jalan Kamangsi Timur, RPN Kampung Meragang.
Antara yang turut serta dalam kempen kebersihan tersebut.
Antara yang turut serta dalam kempen kebersihan tersebut.
Ketika kempen tersebut dijalankan.
Ketika kempen tersebut dijalankan.

Aktiviti tersebut merupakan gabungan bersama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung RPN Kampung Meragang bersama sukarelawan di kampung tersebut sebagai usaha menggalakkan menjaga kebersihan kampung dan diharap usaha tersebut akan menjadi budaya orang-orang Kampung Meragang dalam sama-sama menjaga kebersihan kampung dan alam sekitar.

ARTIKEL YANG SAMA