Usaha kempen kebersihan diteruskan

Usaha kempen kebersihan diteruskan

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 17 Mac – Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Temburong, hari ini, meneruskan lagi Kempen Kebersihan sebagai kesinambungan Kempen Kebersihan pada 12 Mac yang lalu.

Kali ini, kempen kebersihan tersebut memfokuskan kawasan yang meliputi kawasan Kompleks Perniagaan Bumiputera, Pekan Bangar.

Kempen tersebut diharapkan akan mencapai matlamat untuk memupuk kesedaran tentang penilaian kebersihan dan keperluan mewujudkan persekitaran yang bersih di tempat awam dan menanam perasaan tanggungjawab awam dalam semua lapisan masyarakat khususnya di Daerah Temburong.

Penghulu Mukim Bangar Haji Abdul Rahman bin Merussin seterusnya ingin menetapkan sistem dan cara menjaga kebersihan kawasan masing-masing dengan kemas dan teratur sepanjang masa.

Penghulu Mukim Bangar (dua kanan) bersama antara mereka yang turut serta dalam kempen tersebut.
Penghulu Mukim Bangar (dua kanan) bersama antara mereka yang turut serta dalam kempen tersebut.
Kerja pembersihan kawasan depan pasar turut diambil perhatian dalam kempen tersebut.
Kerja pembersihan kawasan depan pasar turut diambil perhatian dalam kempen tersebut.

Menurutnya lagi, perkara ini sentiasa diberi perhatian supaya kempen ini tidak menjadi satu perkara yang dipandang ringan oleh sesiapapun.

Kempen melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat; Polis Diraja Brunei; Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi; Jabatan Kerja Raya serta semua peniaga yang terlibat.