Usaha lahir pelajar berkemahiran

Usaha lahir pelajar berkemahiran

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Politeknik Brunei terus memainkan peranannya berada di barisan hadapan transformasi pendidikan teknikal di bawah Sistem Pendidikan Negara 21 (SPN21) di mana ia berusaha untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran dan kecekapan global yang relevan.

Politeknik Brunei juga terus berkembang maju dengan jumlah pelajar yang terus meningkat. Dengan peranan penting yang dimainkannya khususnya bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran dan cekap, Politeknik Brunei telah mengadakan Taklimat Akta Politeknik Brunei di Pusat One Stop, Politeknik Brunei, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Hadir pada taklimat berkenaan ialah Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Awang Denis Ho Mun Tai, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua sekolah serta pensyarah, pegawai dan kakitangan Politeknik Brunei.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Penasihat Undang-undang, Ketua Bahagian Sivil, Pejabat Peguam Negara, Hajah Suhana binti Haji Sudin yang memberikan penerangan mengenai isi kandungan serta perkara-perkara penting yang terdapat dalam akta yang diwartakan pada September 2014 itu.

Hajah Suhana menyampaikan taklimat mengenai Akta Politeknik Brunei.
Hajah Suhana menyampaikan taklimat mengenai Akta Politeknik Brunei.
Pemangku Pengarah Politeknik Brunei (tiga kiri) yang menghadiri taklimat itu.
Pemangku Pengarah Politeknik Brunei (tiga kiri) yang menghadiri taklimat itu.

Terdahulu sebelum taklimat berkenaan, Pemangku Penolong Pengarah, Awang Alias bin Haji Abu Bakar dalam kata alu-aluannya berharap para pegawai dan kakitangan Politeknik Brunei akan memanfaatkan peluang yang diberikan melalui taklimat berkenaan untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai Akta Politeknik Brunei dengan lebih terperinci supaya mereka mengetahui mengenai peranan masing-masing termasuk pensyarah.

Beliau juga berkata, taklimat berkenaan memberikan penekanan kepada kepentingan maklumat dalam perintah Politeknik Brunei 2014 yang diwartakan dalam warta kerajaan yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Taklimat itu bermatlamat untuk memberi kefahaman tatacara sebagai panduan, bukti yang lengkap dan rujukan dalam penyediaan sesuatu kerja berkaitan dengan pentadbiran Politeknik Brunei serta sebagai perkongsian pengalaman dan ilmu dalam pengendalian akta bersama ketua penasihat undang-undang, ketua bahagian sivil.

ARTIKEL YANG SAMA