Usaha lahirkan lebih ramai usahawan

Usaha lahirkan lebih ramai usahawan

Oleh Faridah Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Bengkel Keusahawanan anjuran bersama Jawatankuasa ADHOC Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Unit Perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISSA bermula semalam sehingga 28 Mei 2015.

Bengkel tersebut yang dikendalikan LiveWIRE Brunei berlangsung di Bilik Persidangan Sekolah Perniagaan Brunei dengan bertemakan “Usahawan Berteraskan Syarak.”

Bengkel tersebut diadakan sebagai menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa lstiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-11 Majlis Mesyuarat Negara 2015, di mana Baginda bertitah:

“Satu lagi bidang yang penting untuk diberikan perhatian ialah bidang keusahawanan. la mustahak seimbang dalam makna ia tidak boleh diceburi hanya oleh segelintir pihak tertentu sahaja tetapi biarlah ramai, kerana ramai itu menterjemahkan adanya kemajuan.

“Para usahawan mesti bergerak mengembangkan perniagaan dan industri masing-masing. Tanpa terhenti setakat tangga pertama sahaja tetapi perlu mendakinya sehingga sampai ke puncak.”

Suasana ketika berlangsungnya Bengkel Keusahawanan di Bilik Persidangan Sekolah Perniagaan Brunei.
Suasana ketika berlangsungnya Bengkel Keusahawanan di Bilik Persidangan Sekolah Perniagaan Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA