Usaha Mancini hampir berhasil

Usaha Mancini hampir berhasil

MILAN, 20 Mac (Agensi) – Keputusan seri 1-1 di Stadium Olimpico menyaksikan harapan Roberto Mancini untuk membawa Inter Milan mara ke Liga Juara-Juara musim depan semakin hampir, jika mereka mampu menamatkan saingan dengan menyamai mata dikumpul AS Roma.

Inter berjaya menghentikan rekod kemenangan Roma dalam lapan perlawanan Serie A apabila seri 1-1, awal pagi tadi. Ivan Perisic membuka tirai jaringan buat Inter pada minit ke-53 namun Radja Nainggolan berjaya menyamakan kedudukan buat tuan rumah ketika perlawanan berbaki enam minit.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Mancini, juara 2010 yang kali terakhir bersaing dalam kelab elit Eropah pada 2012 berada di kedudukan keempat liga, 12 mata di belakang pendahulu, Juventus dan lima mata di belakang Roma. Biarpun Fiorentina yang menghuni tangga kelima ketinggalan satu mata, kelab itu juga masih bersaing bagi merebut slot untuk kali ketiga beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.

Mancini ketika menyaksikan perlawanan pusingan kedua 16 perlawanan terakhir Liga Europa bagi pasukannya menentang Wolfsburg di Stadium San Siro, Milan. - Reuters
Mancini ketika menyaksikan perlawanan pusingan kedua 16 perlawanan terakhir Liga Europa bagi pasukannya menentang Wolfsburg di Stadium San Siro, Milan. – Reuters

Namun, Mancini menyifatkan persaingan kini lebih terarah kepada Inter dan Roma. Jika Inter menamatkan saingan berkongsi kedudukan ketiga dan menyamai mata dipungut Roma, mereka akan layak kerana menewaskan Roma 1-0 di San Siro awal musim ini.

“Untuk saingan Liga Juara-Juara, jika kami menyamai mata dengan Roma kami akan mara kerana kami mempunyai kelebihan berdasarkan rekod pertemuan,” kata Mancini.

ARTIKEL YANG SAMA