Usaha membantu golongan memerlukan

Usaha membantu golongan memerlukan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Sebagai komitmen untuk menghulurkan bantuan kebajikan dan khidmat bakti kepada masyarakat, Petra Perunding Sdn Bhd dengan kerjasama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha hari ini mengadakan Kempen Menderma Darah yang diadakan di SCR Express, Citis Square.

Lebih daripada 80 orang kakitangan It’s A Grind dan SCR Express serta orang ramai ikut serta dalam kempen tersebut, yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara para kakitangan yang terlibat sebagai usaha berterusan untuk menabur bakti dan membantu golongan yang memerlukan.

Kempen ini merupakan acara berterusan sebagai inisiatif Petra Perunding Sdn Bhd untuk membantu pihak hospital menambahkan lagi stok simpanan darah yang sedia ada.

Salah seorang kakitangan Petra Perunding Sdn Bhd mendermakan darahnya.
Salah seorang kakitangan Petra Perunding Sdn Bhd mendermakan darahnya.

ARTIKEL YANG SAMA