Usaha menambah simpanan darah

Usaha menambah simpanan darah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Bagi membantu menambah simpanan darah yang keperluannya semakin meningkat di negara ini, BMW Brunei, Syarikat QAF Auto Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan mengadakan kempen derma darah di Bilik Pameran BMW, Perindustrian Beribi pada 27 Ogos ini bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Pada kempen itu nanti, seramai 50 penyumbang awal akan menerima beg hadiah daripada BMW dan jamuan juga akan disediakan.

Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi talian 2453377 sambungan 626 atau mengunjungi bilik pameran berkenaan semasa waktu pejabat.

Menderma darah merupakan kegiatan yang sihat, ia boleh mengurangkan sekurang-kurangnya 500 kalori bagi setiap penderma, dan mereka boleh menderma selepas dua bulan, dan boleh menderma empat hingga lima kali dalam setahun.

Beberapa perubahan ke atas syarat menderma darah telah dilaksanakan sejak 14 Jun 2014, iaitu remaja berusia 17 tahun dibolehkan menderma darah dengan mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa melalui borang yang disediakan, berbanding sebelum ini yang terhad kepada 18 tahun ke atas.

Sementara itu, berat badan juga telah dikurangkan kepada 45 kilogram berbanding sebelum ini 50 kilogram, yang mana perubahan itu adalah bagi menyasarkan penderma dalam kalangan para belia yang sihat.

ARTIKEL YANG SAMA