Usaha mencari mesti diteruskan

Usaha mencari mesti diteruskan

MEXICO CITY, 27 Julai (AFP) – Ibu bapa dan saudara kepada 43 pelajar Mexico yang telah hilang selama 10 bulan dan dianggap telah mati membuat satu perarakan kelmarin untuk menuntut pihak kerajaan untuk meneruskan usaha pencarian anak-anak muda itu.

Pihak berkuasa berkata polis tempatan yang korup mencolek pelajar-pelajar tersebut pada September tahun lepas dan menyerahkan mereka kepada gang dadah, yang mana telah membunuh mereka, tetapi ahli-ahli keluarga sangat marah dengan pengurusan kes tersebut dan enggan mempercayai bahawa anak-anak mereka telah mati.

“Kami menuntut untuk pelancaran semula pencarian itu dan membuka semula kes tersebut, yang mana kerajaan korupsi ini enggan untuk berbuat demikian,” kata Vidulfo Rosales, seorang peguam bagi pihak keluarga-keluarga itu.

Sumber rasmi mengatakan pegawai polis di Iguala, menyerahkan pelajar-pelajar tersebut kepada gang dadah Guerreros Unidos, yang telah membunuh dan membakar mayat mereka, menurut pendakwa raya.

Para ibu bapa dan ahli keluarga menuntut kerajaan untuk meneruskan usaha mencari. – Reuters
Para ibu bapa dan ahli keluarga menuntut kerajaan untuk meneruskan usaha mencari. – Reuters

Puluhan pegawai dan gang yang disyaki telah ditahan, bersama dengan Datuk Bandar.

Hanya seorang daripada pelajar tersebut yang datang dari kolej latihan perguruan berjaya dikenal pasti di kalangan mayat terbakar yang dijumpai di satu tapak pelupusan dan ibu-bapa kepada mangsa yang hilang telah menolak keputusan pihak kerajaan.