Usaha mencari Rooney Hakimi diteruskan

Usaha mencari Rooney Hakimi diteruskan

Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

 

TEMBURONG, 31 Ogos – Usaha mencari Rooney Hakimi bin Abdullah Layang, 34, yang dilaporkan hilang di kawasan tebing Sungai Pandaruan sejak pukul 3 petang kelmarin, masih diteruskan oleh agensi penyelamat, terdiri daripada Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan Temburong, Pasukan Marin, Pasukan Operasi ’G’ Bomba dan Penyelamat yang menubuhkan pondok operasi pencarian di Kampung Ujung Jalan.

Malam tadi, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad bersama penghulu Mukim Bangar dan ketua Kampung Selapon turut hadir untuk menyatakan rasa simpati dan meminta ahli keluarga mangsa untuk bersabar ketika pasukan penyelamat sedang meneruskan usaha pencarian bergantung pada keadaan air Sungai Pandaruan.

Setakat ini, punca kehilangan mangsa masih dalam siasatan.

Yang Berhormat Haji Sulaiman turut meninjau pondok pasukan operasi di Kampung Ujung Jalan.
Yang Berhormat Haji Sulaiman turut meninjau pondok pasukan operasi di Kampung Ujung Jalan.
Pasukan operasi giat melaksana misi bagi mencari mangsa hilang di Sungai Pandaruan.
Pasukan operasi giat melaksana misi bagi mencari mangsa hilang di Sungai Pandaruan.

ARTIKEL YANG SAMA