Usaha mencari wakil pemain veteran RB

Usaha mencari wakil pemain veteran RB

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Persatuan Bola Sepak Royal Brunei (RBFC) hari ini mengadakan perlawanan persahabatan Charity Shield bagi pasukan veterannya dan setelah kejayaan konsep perlawanan El-Clasico tahun lalu, tahun ini penganjur tampil dengan konsep persaingan terhebat antara Liverpool FC dan Manchester United FC.

Perlawanan persahabatan dan amal itu merupakan aktiviti barisan pemain Veteran RB dan menurut jurucakap pasukan RB veteran, Mohd Irman Zaini antara objektif perlawanan itu adalah untuk membuat pemilihan awal bagi barisan pemain veteran RB dalam kejohanan Liga Veteran DST yang bakal bermula Februari ini nanti.

Selain daripada menjadi wadah amalan gaya hidup sihat ia turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan berpasukan dalam kalangan pemain veteran bagi memantapkan lagi Pasukan RB.

“Ini salah satu persediaan awal kami dan terdapat beberapa pemain yang sudah disenaraikan dengan bantuan jurulatih yang turut memilih pemain berdasarkan aktif, komitmen dan prestasi pemain” ujar Mohd Irman kepada Media Permata.

Beliau yang juga pemain pasukan veteran RB menegaskan harapannya untuk melihat Pasukan RB untuk bergerak lebih jauh ke peringkat yang lebih tinggi.

Kedua-dua pasukan yang terlibat bergambar ramai dalam perlawanan persahabatan itu.
Kedua-dua pasukan yang terlibat bergambar ramai dalam perlawanan persahabatan itu.

“Sebagai salah seorang pegawai dalam pasukan bola sepak dan futsal bagi sesi 2014/2016 beliau mengambil peluang untuk menyuntik kata-kata semangat kepada pemain-pemain veteran serta semua jawatankuasa persatuan bola sepak dan futsal RB supaya terus maju jaya dalam pertandingan yang bakal dihadapi tahun ini,” ujarnya lagi.

Tahun lalu padanya tahun pengenalan dan tahun ini menurutnya RBFC mempunyai misi yang besar, meskipun berat namun baginya tidak terlambat untuk menghidupkan semula nama RB yang pernah digeruni pada suatu masa dahulu terutama dalam padang di mana jua pertandingan bola sepak yang ada.

Dalam perlawanan tersebut beberapa anugerah disediakan bagi Grand Master Terbaik, Master Terbaik, Veteran terbaik dan Junior Veteran Terbaik.

Pasukan MU Glory disertai Sofian, PGA, Elmi, Jufari, Ramlee, BB. Kenny, Stanley, kamal, Mazli, Roslin, Anuar, Wadi, Bidi, Yunus, Salehudin, Dillah, Hasman, Yusli, Sam GK dan G Joe.

Sementara bagi Liverpool YNWA pula dibarisi oleh DK Liz, Rob Gerrard, Tuan Haji Omar Ali, Ibrahim, Haji Jamal, Awangku Haji Kamal, Pengiran Shahrul, Rosland, Haji Tengah, Haji Suhara, G Shahren, Haji Juki, Surizan, Haji Asrul, Pengiran Mohammad, Roslie GK, Diny, Adam L, Zainal GK, Scott dan G Ozzy.