Usaha menghadapi peperiksaan PSR

Usaha menghadapi peperiksaan PSR

Oleh Sahama

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Buat julung-julung kalinya, Ahli Jawatankuasa Belia dan Beliawanis Masjid Setia Ali, Pekan Muara mengadakan majlis

solat sunat berjemaah dan membaca Surah Yasin bagi murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bulan ini, berlangsung di masjid berkenaan, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penghulu Mukim Serasa, Mejar (B) Haji Johari bin Haji Abdul Razak.

Lebih 100 orang murid melibatkan tiga buah sekolah rendah Kluster 4 kawasan Muara iaitu Sekolah Rendah Serasa, Sekolah Rendah Sultan Umar Ali Saifuddien, Muara dan Sekolah Rendah Angkatan Tentara Laut menghadiri majlis berkenaan.

Antara guru dan pelajar yang menghadiri majlis itu.
Antara guru dan pelajar yang menghadiri majlis itu.

Solat sunat tersebut diimamkan oleh imam masjid berkenaan, Pengiran Haji Rosman bin Pengiran Haji Shahbudin yang juga selaku pengerusi majlis.

Majlis diselajurkan dengan ceramah motivasi bagi menyuntik semangat dalam kalangan murid-murid ketika menduduki peperiksaan nanti.

Turut hadir di majlis tersebut ialah guru besar, penolong guru besar, guru kanan, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang diraikan.

ARTIKEL YANG SAMA