Usaha menyelamat gajah liar diteruskan

Usaha menyelamat gajah liar diteruskan

DHAKA, 4 Ogos – Bangladesh dan India sedang melancarkan usaha menyelamat seekor anak gajah liar yang bergelut untuk hidup selepas ia terpisah daripada kumpulannya akibat banjir dan seterusnya dihanyutkan ke sempadan.

Pada hari ini, tiga pegawai perhutanan India akan berkunjung ke kawasan yang dilanda banjir di utara Bangladesh untuk menyiasat bagaimana mereka boleh membantu haiwan yang terkandas, yang terpisah daripada kumpulannya di timur laut India lebih satu bulan lalu.

Seorang doktor haiwan yang dihantar ke tempat kejadian oleh pihak berkuasa Bangladesh berkata gajah betina itu, dengan berat kira-kira empat tan, adalah “lemah dan letih” selepas perjalanan solonya menyeberangi sungai Brahmaputra yang memisahkan kedua-dua negara.

“Sejak sebulan lalu ia telah terpisah daripada kumpulannya dan terkandas dalam air banjir,” beritahu Sayed Hossain kepada AFP.

Pegawai-pegawai hidupan liar Bangladesh ketika menjalani usaha mencari gajah liar dalam saluran air di Sarishabari di Daerah Jamalpur, 150km dari utara Dhaka beberapa hari yang lalu. Bangladesh dan India meneruskan usaha menyelamat gajah liar yang berjuang untuk hidup selepas ia dipisahkan akibat banjir. – AFP

“Ia menyeberangi sungai Brahmaputra dan telah memakan padi, tebu dan pokok pisang.”

Pegawai perhutanan Shahab Uddin berkata beribu-ribu penduduk kampung dalam bot telah menjejaki gajah itu, yang setakat ini telah berjalan kira-kira 100 kilometer di rupa bumi banjir di utara Bangladesh.

Pihak berkuasa Bangladesh telah menghantar sekumpulan renjer hutan, pemeriksa polis dan doktor haiwan untuk menjejaki haiwan liar itu, namun banjir menghambat usaha menyelamat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA