Usaha merangsang harga minyak

Usaha merangsang harga minyak

VIENNA, 28 Nov – Anggota-anggota OPEC akan berusaha untuk memberikan harga minyak satu rangsangan di Vienna pada Rabu dengan menepati pemotongan pengeluaran pertama mereka dalam lapan tahun, walaupun satu perjanjian masih tidak pasti.

Kegagalan mencapai satu perjanjian mungkin menyebabkan harga minyak merosot dan mencetuskan semula perdebatan mengenai matlamat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum yang berusia 56 tahun itu.

Tidak memperoleh satu perjanjian “mungkin menandakan berakhirnya OPEC,” beritahu penganalisis minyak Alexandre Andlauer kepada AFP.

Perasaan pesimistik mengenai prospek perjanjian menyebabkan harga minyak merosot pada Jumaat.

Pada September, kartel itu bersetuju pada dasarnya untuk mengurangkan pengeluaran kepada 32.5-33.0 juta tong sehari (bpd), bermakna satu pemotongan di antara 600,000 dan 1.1 juta bpd.

14 anggota OPEC berharap ini akan mengurangkan kemelesetan bekalan global dan dengan itu menambah harga pasaran minyak daripada tahap yang teruk sebanyak AS$50 satu tong buat masa sekarang.

Ia juga menandakan perubahan strategi membanjiri pasaran oleh Arab Saudi untuk memberi tekanan kepada pesaing, terutamanya pengeluar minyak syal AS.

Menteri Minyak Arab Saudi Khalid al-Falih, yang dijangka berada di Vienna untuk rundingan dengan menteri OPEC lain, berkata pada bulan ini perjanjian adalah “penting.”

Namun perlu dipersetujui jumlah pemotongan, jika ada, yang akan dilakukan oleh setiap anggota OPEC, terutamanya Iraq dan Iran, pengeluar terbesar kartel selepas Riyadh.

Libya semalam mengetepikan dirinya daripada sebarang pemotongan, berkata ia berada dalam “situasi ekonomi yang amat berbahaya” sehingga ia tidak dapat mengambil bahagian.

Iraq telah berkata ia akan memotong pengeluaran tetapi ia kekurangan wang untuk memerangi pelampau Islamic State (IS).

Ia juga mempertikai dengan OPEC mengenai jumlah pengeluarannya sekarang. Iran, baru bebas daripada sekatan eksport sejak perjanjian nuklear pada tahun lalu, berkata ia tidak akan mengurang pengeluaran sehingga ia telah mencecah tahap sebelum sekatan.

Menambah kepada masalah adalah persaingan sengit di antara penduduk Syiah Iran dan Sunni Arab Saudi yang terbabit dalam perang proksi di Yaman dan menyokong pihak yang berlainan di Syria. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA