Usaha Payet berbaloi

Usaha Payet berbaloi

PARIS, 5 Julai – Penjaring gol Dimitri Payet mendedahkan Perancis melakukan kerja rumah untuk memastikan mereka tidak mengikuti jejak langkah England yang tersungkur di tangan pembunuh gergasi Iceland.

“Kami cuba mengenal pasti kelemahan dan kekuatan mereka,” kata Payet selepas membantu kemenangan 5-2 di Stade de France. “Itu yang membolehkan kami mencapai kemenangan malam ini (semalam).

Payet juga memuji persefahamannya dengan Antoine Griezmann yang kini menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan empat gol.

Penyerang Atletico Madrid itu turut mencipta peluang untuk Payet menghasilkan gol.

“Sesuatu yang menggembirakan apabila dapat bergandingan dengan pemain seperti itu. Bola hantaran Griezmann ibarat seperti ‘hadiah’,” katanya.

Didier Deschamps mengucapkan tahniah kepada Payet selepas menyumbang gol dalam perlawanan menentang Iceland Ahad lalu. - AP
Didier Deschamps mengucapkan tahniah kepada Payet selepas menyumbang gol dalam perlawanan menentang Iceland Ahad lalu. – AP

Payet berkata, Perancis perlu mengetepikan masalah kecederaan apabila mereka bertemu di separuh akhir Khamis ini.

“Kami perlu ingat mereka juara dunia. Kami sedar halangan yang bakal ditempuhi, kami tahu kualiti mereka. Tapi kami akan menjadi lebih hebat daripada malam ini (semalam).” – AFP