Usaha pembinaan semula Boudhanath cerminkan perpaduan bangsa

Usaha pembinaan semula Boudhanath cerminkan perpaduan bangsa

KATHMANDU – Selepas setengah tahun peristiwa gempa bumi berskala besar telah memusnahkan ratusan tapak bersejarah yang terletak di kawasan gunung di Nepal, usaha pembinaan semula monumen gemilang di negara itu yang memiliki bahagian menara berwarna emas sedang giat dilaksanakan.

Salah satu daripada tarikan utama kepada pelancong di negara itu, Boudhanath sedang giat dibaik pulihkan hasil daripada dana sumbangan peribadi daripada kumpulan penganut agama Buddha dan bantuan daripada sukarelawan yang lain.

Sebelum ini, pihak kerajaan negara itu seringkali mengeluh terhadap kelambatan fasa pembinaan semula monumen dan beberapa tempat bersejarah di kawasan tersebut.

Perdana Menteri, Khadga Prasad Oli memuji usaha pembinaan semula yang telah dilaksanakan tanpa pembiayaan daripada pihak kerajaan itu ketika berucap di hadapan monumen tersebut sambil menyatakan bahawa ia adalah satu contoh terbaik bagi melambangkan unsur perpaduan bangsa di negara tersebut.

“Usaha ini jelas membuktikan perpaduan bangsa dan masyarakat dalam sama-sama membaik pulihkan warisan dan mercu tanda negara sekaligus dapat membantu pihak kerajaan bagi sama-sama membina semula dan mengembalikan kegemilangan bandaraya ini,” jelas Oli.

Menara emas menghiasi bahagian puncak kubah Boudhanath.
Menara emas menghiasi bahagian puncak kubah Boudhanath.
Boudhanth merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia di Kathmandu, Nepal yang telah wujud sejak kurun ke-14.
Boudhanth merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia di Kathmandu, Nepal yang telah wujud sejak kurun ke-14.
 Majlis perasmian semula Boudhanath berjaya mendapat liputan yang meluas.
Majlis perasmian semula Boudhanath berjaya mendapat liputan yang meluas.

Dipercayai monumen Boudhanath telah mula dibina sejak kurun ke 14 dan turut menerima kesan runtuhan akibat gegaran gempa bumi pada ukuran 7.8 magnitud yang berlaku pada April 2015 di mana ia turut mengorbankan seramai 9,000 nyawa serta membuatkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Kubah monumen tersebut dihiasi dengan empat bahagian kaca yang menyerupai seperti bentuk mata yang seolah-olah memerhati ke arah bandaraya tersebut dan dipuncak kubah itu pula berdiri megah sebuah menara emas.

Hasil kutipan daripada dana sumbangan tempatan dan antarabangsa berjaya mengumpulkan sebanyak AS$ 2 juta jelas Milan Bhujel, Jawatankuasa Penasihat Perkembangan Boudhanath yang membantu dalam penganjuran projek usaha pembaik pulihan ini.

Di samping itu, pihak penderma juga turut mendermakan sebanyak 31 kilogram emas yang meliputi struktur puncak menara tersebut.

Pada hujung minggu lalu, kelihatan kelopak bunga mula ditaburkan dari atas helikopter di sekitar kawasan Boudhanath di samping penganut agama Buddha juga sama-sama kelihatan berkumpul dan berdoa sebelum usaha pembaik pulihan tersebut diteruskan.

Sikap perpaduan dan bekerjasama jelas terpancar dalam diri penduduk Nepal yang sama-sama membina semula mercu tanda di negara itu.
Sikap perpaduan dan bekerjasama jelas terpancar dalam diri penduduk Nepal yang sama-sama membina semula mercu tanda di negara itu.
Penduduk Nepal bergotong-royong penuh semangat untuk mengembalikan kegemilangan monument Boudhanath.
Penduduk Nepal bergotong-royong penuh semangat untuk mengembalikan kegemilangan monument Boudhanath.
Penduduk Nepal melakukan ritual agama sebagai tanda bersyukur kerana dapat mengembalikan kegemilangan Boudhanath.
Penduduk Nepal melakukan ritual agama sebagai tanda bersyukur kerana dapat mengembalikan kegemilangan Boudhanath.

Ratna Bazra Lama, seorang ahli perniagaan berusia 63 tahun yang menetap di pinggir kompleks tersebut menyatakan perasaan gembiranya apabila kembali berpeluang untuk melihat struktur monumen tersebut yang hampir pulih di mana kegemilangannya setentunya dapat kembali digapai dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Kini saya mula dapat melihat keindahan struktur Boudhanath dari tingkap rumah dan ia adalah satu perkembangan yang cukup positif walaupun beberapa tapak warisan budaya yang lain masih berada dalam proses pembaik pulihan,” jelas Lama.

Boudhanath merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan wakil UNESCO ke Nepal turut menjelaskan bahawa projek rekonstruksi semula monumen tersebut tidak pernah dibincangkan bersama pihak PBB memandangkan pihak tersebut sering mengungkapkan rasa kerisauan berhubung dengan projek rekonstruksi tersebut di mana kajian lanjut wajar untuk diteruskan sebelum projek tersebut dijalankan.

Persembahan tarian dengan menampilkan pakaian tradisi turut dipersembahkan bagi menghiburkan orang ramai yang berkumpul sewaktu meraikan pembukaan semula Boudhanath.
Persembahan tarian dengan menampilkan pakaian tradisi turut dipersembahkan bagi menghiburkan orang ramai yang berkumpul sewaktu meraikan pembukaan semula Boudhanath.

Ketidak stabilan hubungan politik di Nepal yang merangkumi 24 kerajaan sejak 26 tahun lalu menjadi antara punca penangguhan terhadap usaha pembinaan semula yang telah dijalankan sejak setahun lalu itu di mana ia turut memberikan kesan kepada seramai 4 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Manhart menjelaskan bahawa usaha pembinaan semula tapak warisan di Lembah Kathmandu telah berjalan dalam fasa yang cukup lambat memandangkan sukar untuk mendapatkan kata sepakat terhadap keputusan yang diharapkan dari pihak kerajaan.

Bagaimanapun beliau turut tidak menafikan bahawa usaha pembinaan semula sesebuah bangunan bersejarah seperti kuil memerlukan penyelidikan yang lanjut dan ujian terhadap bahan-bahan binaan yang diperlukan juga wajar dilaksanakan sebelum projek pembinaan semula itu diteruskan.

“Justeru, ia adalah lebih baik untuk melaksanakan projek ini dengan perlahan daripada melakukannya dengan terburu-terburu tanpa sebarang penyelidikan dan penelitian yang lanjut bagi mengembalikan semula kegemilangan tapak warisan dunia itu,” jelas Manhart. – AP