Usaha pemuliharaan mercu tanda Myanmar giat dilaksanakan

Usaha pemuliharaan mercu tanda Myanmar giat dilaksanakan

YANGON – Sekumpulan ahli sejarah menyatakan bahawa bandar terbesar dan pusat komersial Myanmar itu sedang menghadapi fasa terakhir untuk menyelamatkan khazanah seni bina peninggalan sejarah sewaktu negara itu masih berada di bawah jajahan British.

Baru-baru ini, Badan Warisan Yangon telah mencadangkan beberapa strategi yang sesuai untuk diaplikasikan di Yangon dengan menggariskan wawasan untuk menjadikan bandar yang terletak di Asia Tenggara itu menjadi sebuah tempat yang menjanjikan gaya kehidupan yang cukup aman, moden dan berpatutan di samping terus memelihara keunikan mercu tandanya dan mengekalkan kehijauan alam sekitarnya.

Aktiviti meroboh bangunan-bangunan lama sedang giat dilaksanakan di Yangon yang merupakan bekas ibu kota negara itu bagi memberikan laluan kepada projek pembesaran jalan raya dan jejambat bagi sama-sama membantu untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Syarikat pemaju hartanah juga banyak yang mengintai peluang bagi merealisasikan projek pembangunan mereka.

Beberapa bangunan era penjajahan telah berjaya dibaik pulih namun lebih banyak daripadanya yang berada dalam keadaan usang, terbiar sehingga ditumbuhi oleh belukar yang tinggi malah ada yang semakin buruk dan hampir runtuh sekiranya tidak terus dipelihara.

Naypyidaw, merupakan sebuah bandar baru yang juga menjadi pusat pemerintahan terletak di bahagian utara Myanmar.
Naypyidaw, merupakan sebuah bandar baru yang juga menjadi pusat pemerintahan terletak di bahagian utara Myanmar.
Laluan untuk menuju ke mercu tanda Yangon, Shwedagon Pagoda wajar diperluaskan dan dinaiktaraf bagi memberikan kemudahan kepada para pelancong asing untuk menikmati keindahan dan kemegahannya.
Laluan untuk menuju ke mercu tanda Yangon, Shwedagon Pagoda wajar diperluaskan dan dinaiktaraf bagi memberikan kemudahan kepada para pelancong asing untuk menikmati keindahan dan kemegahannya.

Menurut laporan Badan Warisan Yangon, bandar itu jelas berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan sekiranya tiada tindakan dapat dilaksanakan dalam waktu yang terdekat ini. Lebih teruk, seri keaslian bandar Yangon boleh dihilang dibawa oleh arus pembangunan moden,”

Walau bagaimanapun tidak dinafikan bahawa penaiktarafan pada peringkat yang masih terkawal tetap boleh dijalankan bagi meningkatkan tahap daya saing negara di masa hadapan.

Justeru, Badan Warisan Yangon telah menggariskan lima undang-undang kepada projek pembangunan negara itu yang giat dilaksanakan.

Pertama, Badan Warisan Yangon telah memperkuatkan satu larangan untuk merobohkan bangunan lama dengan sewenang-wenangnya sehingga pelan asas jangka panjang telah disediakan.

Kedua-dua bahagian dalaman dan luaran bangunan lama perlu dilindungi bagi mengelakkan strukutur mercu tanda kebangaan negara itu tidak terus lapuk ditelan zaman.

Pelan Induk Negara itu wajar diwujudkan dengan mengambil kira Yangon yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai Rangoon sedang menghadapi risiko untuk kehilangan warisan tradisi peninggalan era penjajahan di negara itu berikutan daripada mengambil kira faktor projek kemajuan dan pembangunan yang semakin giat dilaksanakan.

Badan Warisan Yangon telah mencadangkan agar bekas bangunan Kementerian Hotel dan Pelancongan yang telah dibina pada tahun 1905 untuk dijadikan sebagai sebuah pusat maklumat pengunjung dan dewan sivik.

Kelihatan bangunan peninggalan era penjajahan British yang terbiar wajar dinaiktaraf semula memandangkan ia memiliki nilai sejarah yang tersendiri.
Kelihatan bangunan peninggalan era penjajahan British yang terbiar wajar dinaiktaraf semula memandangkan ia memiliki nilai sejarah yang tersendiri.
Kegemilangan Yangon sebagai pusat pelancongan Myanmar berpotensi untuk dikembalikan memandangkan ia memiliki keunikan budaya yang tersendiri.
Kegemilangan Yangon sebagai pusat pelancongan Myanmar berpotensi untuk dikembalikan memandangkan ia memiliki keunikan budaya yang tersendiri.

Keadaan rumah lama yang kelihatan tidak selamat juga wajar dibaik pulih semula demi menjadikan bandar Yangon sebagai sebuah bandar yang selesa untuk didiami.
Keadaan rumah lama yang kelihatan tidak selamat juga wajar dibaik pulih semula demi menjadikan bandar Yangon sebagai sebuah bandar yang selesa untuk didiami.

Kemegahan mercu tanda kebangaan negara itu iaitu Shwedagon Pagoda yang suatu ketika dahulu kala sentiasa berada dalam keadaan tenang seolah-olah semakin dicemari dengan kesibukan suasana kota malah lalaun pejalan kaki bagi menghubungkan tarikan pelancong itu dengan ibu kota itu wajar dipertingkatkan demi memastikan ia lebih mudah untuk diakses oleh golongan pelancong .

Satu aspek utama yang harus dititikberatkan adalah mengembalikan semula kegemilangan bangunan-bangunan kerajaan yang terdapat di Yangon apabila modal politik Myanmar telah dipindahkan ke Naypyidaw, sebuah bandar baru yang terletak di bahagian utara negara tersebut.

Badan Warisan Yangon telah mencadangkan agar bekas bangunan Kementerian Hotel dan Pelancongan yang telah dibina pada tahun 1905 yang mana pada asalnya merupakan sebuah lokasi pasaraya itu untuk dijadikan sebagai sebuah pusat maklumat pengunjung dan dewan sivik.

Usaha penaiktarafan dan perlindungan terhadap bangunan lama ini telah digariskan oleh Badan Warisan Yangon adalah bagi mengelakkan ianya daripada terus terbiar yang setentunya akan memburukkan lagi suasana persekitaran bandar tersebut. – AP

ARTIKEL YANG SAMA