Usaha rundingan damai bermula

Usaha rundingan damai bermula

ISLAMABAD, 11 Jan (AFP) – Delegasi dari Afghanistan, Pakistan, China dan Amerika Syarikat telah mengadakan rundingan hari ini untuk menghidupkan semula proses damai Afghanistan yang tertangguh dan menamatkan pertempuran darah hampir 15 tahun, semasa pertempuran dengan pemberontak Taliban semakin bertambah hebat.

Para pegawai kanan dari keempat-empat buah negara bertemu di bandar Pakistan, Islamabad, untuk melancarkan proses yang mereka harapkan akan membawa kepada rundingan dengan pemberontak Taliban, yang berjuang untuk mengenakan semula peraturan Islam yang lebih ketat dan tidak dijangka pada rundingan hari ini.

Penasihat hal ehwal luar negeri bagi perdana menteri Pakistan, Sartaj Aziz, merasmikan mesyuarat itu dengan mengatakan matlamat utama seharusnya meyakinkan Taliban untuk berunding sama dan mempertimbangkan untuk menamatkan keganasan.

“Oleh sebab itu adalah penting bahawa prasyarat tidak dikenakan semasa permulaan proses rundingan. Hal ini, kami pertikaikan, akan menjadi tidak produktif,” katanya.

“Ancaman untuk menggunakan tindakan tentera ke atas mereka yang bermusuhan, tidak dapat mendahului tawaran rundingan kepada semua kumpulan.”

Timbalan Menteri Luar Negeri Afghanistan, Hekmat Karzai dan Setiausaha Luar Negeri Pakistan, Aizaz Chaudhry juga disertai oleh Richard Olson, perwakilan khas AS bagi Afghanistan dan Pakistan serta Jeneral Anthony Rock, perwakilan pertahanan tertinggi AS di Pakistan, dan utusan khas China bagi hal ehwal Afghanistan, Deng Xijun.

Usaha perdamaian diperbaharui itu muncul di tengah-tengah keganasan di Afghanistan, dengan tahun lepas dicatatkan pertempuran berdarah paling teruk berikutan pengunduran tentera asing pada akhir 2014.

ARTIKEL YANG SAMA