Usaha tangani masalah jerebu

Usaha tangani masalah jerebu

JAKARTA, 17 Nov (Reuters) – Perpecahan pendapat telah mula muncul antara menteri-menteri kerajaan Indonesia atas bagaimana untuk mengatasi kebakaran tanah gambut yang telah menyebabkan asap tebal merebak di banyak negara Asia Tenggara.

Indonesia dan beberapa rantau di Asia Tenggara telah mengalami selama berminggu-minggu apa yang digelar “Jerebu” disebabkan oleh kebakaran hutan dan tanah gambut, sebahagian besarnya di Sumatera dan kepulauan Borneo yang pegawai kaji cuaca menerangkan sebagai jenayah terhadap manusia.

Kumpulan-kumpulan hijau mengalu-alukan keputusan kementerian persekitaran dan perhutanan Indonesia pada lewat bulan lepas untuk mengkaji semula undang-undang yang membolehkan petani pekebun kecil untuk membuat pembakaran. Ia juga meminta firma-firma perladangan untuk menghentikan penukaran tanah gambut, memulihkan kawasan-kawasan terbakar, sementara mengharamkan penanaman pada tanah gambut yang terbakar.

Bertentangan dengan ini, bagaimanapun, Menteri Pertanian Amran Sulaiman berkata kelmarin, 100,00 hektar tanah gambut terbakar di Kalimantan kini boleh digunakan untuk menanam jagung dan kacang soya, menurut akhbar Kontan.

“Kami hanya akan meminta tanah gambut yang sudah dibakar untuk ditukar menjadi tanah pertanian,” Sulaiman dipetik sebagai berkata dalam akhbar, menambah pembangunan itu perlu dipimpin oleh penduduk tempatan dan syarikat-syarikat persendirian negara.

ARTIKEL YANG SAMA