Usaha tarik lebih ramai pelancong Vietnam

Usaha tarik lebih ramai pelancong Vietnam

BANDAR HO CHI MINH, Vietnam, 28 Jun (Agensi) – Tourism Malaysia mengambil bahagian dalam Minggu Pelancongan Delta Hijau Mekong bermula semalam sehingga 3 Julai di Can Tho sebagai usaha berterusannya untuk menarik kunjungan lebih ramai pelancong Vietnam ke negara itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Pada acara itu, Tourism Malaysia akan mempromosi Festival Tahun Malaysia 2015 (MyFest), yang menawarkan pelbagai pakej perjalanan ke banyak destinasi pelancongan.

Para pelawat ke minggu pelancongan berpeluang mendapatkan pelbagai pakej istimewa daripada agen pelancongan tempatan seperti Fiditour, Vietravel dan juga TST Tourist.

Turut diadakan ialah sukan mini dan acara kuiz yang menyediakan pelbagai hadiah menarik.

Minggu Pelancongan Delta Hijau Mekong dijangka menarik kunjungan lebih sejuta orang.

MyFest, yang bertemakan “Perayaan Tidak Berhujung,” itu akan memaparkan 50 acara kebudayaan dan temasya termasuk Karnival Jualan Mega Malaysia dan Grand Prix Formula Satu Malaysia.

Kempen tersebut dijangka menarik ketibaan 29.4 juta pelancong.

Malaysia menjangka mengalu-alukan ketibaan 275,000 pelancong Vietnam tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA