Usaha tawan semula Mosul

Usaha tawan semula Mosul

BAGHDAD, 11 Julai – Pasukan Amerika Syarikat (AS) dan pasukan bersekutu akan menggunakan pangkalan udara yang baru dirampas semula di Qayara sebagai pusat pelancaran, ketika pasukan keselamatan Iraq mara dalam pertempuran yang lama dinantikan untuk menawan semula Mosul daripada militan Islamic State (IS), menurut Setiausaha Pertahanan Ash Carter hari ini ketika dia tiba di Iraq.

Carter, yang mendarat di Baghdad bagi lawatan yang tidak diumumkan, berkata para penasihat AS bersedia untuk mengiringi batalion Iraq jika perlu, ketika unit-unit itu mula mengelilingi bandar utara utama.

Seorang pertahanan kanan berkata tidak jelas bila para penasihat AS akan mula mengiringi batalion lebih dekat dengan medan pertempuran.

Tetapi mungkin mengambil berminggu-minggu dan berbulan-bulan.

Para pegawai AS berkata sepasukan tentera AS telah pergi ke Qayara bagi penilaian cepat tapak semalam dan telah me-ninggalkan tempat itu.

Satu tugas yang boleh mereka lakukan ialah untuk membantu tentera-tentera Iraq menggunakan kemampuan penghubung teknikal untuk menyeberangi sungai menuju Mosul.

Ash Carter (tengah, kiri) diiringi oleh Menteri Pertahanan Iraq, Khaled al-Obeidi, ketika tiba di Kementeri-an Pertahanan Baghdad, Iraq pada 11 Julai. - AP
Ash Carter (tengah, kiri) diiringi oleh Menteri Pertahanan Iraq, Khaled al-Obeidi, ketika tiba di Kementeri-an Pertahanan Baghdad, Iraq pada 11 Julai. – AP

Buat pertama kalinya Carter telah membentangkan wawasan AS bagi Qayara dengan menyifatkan penawanannya semula sebagai kemenangan strategi utama.

Bercakap kepada para pemberita sebelum tiba di Baghdad, dia berkata pangkalan udara itu akan menjadi salah satu pusat yang mana Pasukan Keselamatan Iraq diiringi dan menerima nasihat dari kami apabila diperlukan, serta akan menyelesaikan penilaian di Mosul di selatan. Itu adalah peranan dan kepentingan strategik.”

Carter membandingkan peranan Qayara tentang bagaimana pasukan menggunakan bandar timur Makhmour.

Di sana, pasukan tentera AS menubuhkan pangkalan bomba bagi artileri untuk membantu unit-unit Iraq yang mara.

Sarjan Kakitangan Marin Louis F Cardin terbunuh di pangkalan bomba pada Mac lalu dalam serangan roket IS.

“Matlamat menawan padang udara, Qayara ialah untuk dapat membentuk logistik dan pusat udara di kawasan berhampiran di Mosul,” Carter memberitahu para pemberita. “Dengan demikian akan wujud bantuan logistik AS.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA