‘Usaha terakhir’ gencatan senjata Syria beri kesan

‘Usaha terakhir’ gencatan senjata Syria beri kesan

ALEPPO, Syria, 13 Sept – Gencatan senjata dimana AS dan Rusia menjadi pihak perantaranya, yang digelar oleh Washington sebagai kemungkinan ‘peluang terakhir untuk menyelamatkan Syria’ berkuatkuasa semalam, di tengah spekulasi tentang berapa lama ia akan bertahan.

Gencatan senjata awal selama 48 jam itu berkuat kuasa pada pukul 7 malam waktu tempatan di seluruh Syria kecuali kawasan-kawasan yang dikuasai oleh pejuang berani mati seperti kumpulan Negara Islam (IS).

Wartawan-wartawan AFP yang berada di bandar kedua Syria, Aleppo yang telah musnah telah dibahagi antara pihak pemberontak menguasai kawasan timur dan barat dikuasai pihak rejim sejak pertengahan 2012, mengatakan pertempuran tersebut berhenti ketika gencatan senjata berkuat kuasa.

Roket terakhir yang dilepaskan dari timur ke kawasan kerajaan berlaku lima minit sebelum 7 malam. Kumpulan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Kemanusiaan berkata keadaan ‘senyap’ hampir di kesemua bahagian hadapan.

Setiausaha Negara AS, John Kerry memberitahu para pemberita di Washington bahawa ‘terlalu awal untuk membuat kesimpulan,” tetapi menyatakan bahawa laporan yang diterimanya dua jam selepas gencatan senjata berkuat kuasa adanya ‘pengurangan keganasan’ berlaku.

Seorang tentera kerajaan Syria berjalan melintasi runtuhan bangunan di bandar Aleppo, utara Syria, kelmarin. – Xinhua
Seorang tentera kerajaan Syria berjalan melintasi runtuhan bangunan di bandar Aleppo, utara Syria, kelmarin. – Xinhua

Di Syria, para penduduk mengharapkan yang terbaik. Di timur, para penduduk meraikan permulaan cuti bagi menyambut Hari Raya Aidiladha. Pasukan bersenjata Syria mengumumkan ‘pembekuan’ operasi ketenteraan selama tujuh hari, tetapi pasukan pembangkang belum secara rasmi menandatangani gencatan senjata tersebut.

Kerapuhan perjanjian masih terjadi sebelum ianya berkuatkuasa semasa Presiden Bashar al-Assad berikrar untuk merampas semula Syria daripada ‘pengganas-pengganas’. Itu adalah siri-siri terbaru dalam usaha untuk menghentikan peperangan lima tahun di Syria yang telah mengorbankan lebih 290,000 orang dan separuh jumlah penduduknya berpindah tempat.

Di bawah perjanjian itu, pertempuran akan dihentikan di seluruh kawasan yang bukan dikuasai pejuang-pejuang berani mati dan penghantaran bantuan ke kawasan yang dikepung akan bermula, apabila pasukan kerajaan dan pemberontak memastikan kemasukan kemanusiaan tidak dihalang, terutamanya ke Aleppo. – AFP