Usaha terakhir selamatkan ikan yu

Usaha terakhir selamatkan ikan yu

KOTA KINABALU, 20 Julai – Rancangan kerajaan negeri Sabah untuk mengisytiharkan tiga taman laut sebagai santuari ikan yu merupakan langkah terakhir untuk menghalang kepupusan spesies berkenaan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Beliau berkata kerajaan dan pihak berkuasa tidak boleh banyak bertindak bagimenangani aktiviti pemburuan dan pengambilan sirip ikan yu di kepulauan danperairan Sabah sekiranya dan sehingga Akta Perikanan dipinda untukmengharamkan aktiviti berkenaan.

“Perkara terbaik yang dapat dilakukan untuk melindungi ikan-ikan yu ialahdengan mengisytiharkan taman laut sebagai santuari ikan yu bagi mengharamkan penangkapan ikan yu di kawasan santuari berkenaan,” katanya kepada pemberita. Beliau menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri kementeriannya di sini malam tadi.

Semalam tersebar di Internet gambar yang menunjukkan ikan-ikan yu yang mati dengan sirip mereka dipotong dipercayai diambil di Pulau Mabul dekat Semporna.

“Gambar yang kita lihat (di Internet) adalah apa yang kita bantah danbercakap sejak beberapa tahun ini… memburu ikan yu dan mengambil siripnya tidak boleh dibiarkan berterusan. – Bernama