Usaha Thailand mengembalikan semula burung bangau

Usaha Thailand mengembalikan semula burung bangau

BUKIRAM – Seekor anak bangau mahkota merah yang berbulu di kepala telah menetas di ladang luar bandar pada musim luruh ini, situasi ini memberikan sedikit harapan kepada penyokong pemuliharaan terhadap hidupan liar, penyokong pertanian organik walaupun negara mereka masih bersedih atas kemangkatan raja tercinta mereka.

Anak bangau yang tembam itu diberikan nama, ‘Rice’ dan anak bangau itu merupakan satu spesies yang bertuah terselamat dan berjaya menetas di hidupan liar di Thailand selepas kehilangannya dalam tempoh 50 tahun.

Burung ini dikenali sebagai seekor burung yang mempunyai ukuran badan yang tertinggi dan berupaya terbang di udara di dunia berbeza dengan burung unta.

Sebelum ini dilaporkan sekitar 70 telur telah menetas dalam inkubator dan burung-burung tersebut dibesarkan dan dibebaskan lima tahun lalu di wilayah timur laut Burirama yang kaya dengan perladangan di Thailand.

“Generasi lebih tua memberitahu kami tentang bangau ini, menurut mereka bangau ini membawa tuah , tetapi apabila saya benar-benar melihat seekor di ladang saya sangat gembira,” kata ketua kampung Thongpoong Unjit kepada wartawan AP.

Burung-burung ini yang telah menghabiskan selama tiga bulan di kawasan perlindungan sementara di tanah lembap, melompat di sekitar serta mengibas-ngibas sayapnya sebelum terbang buat pertama kali – AP
Burung-burung ini yang telah menghabiskan selama tiga bulan di kawasan perlindungan sementara di tanah lembap, melompat di sekitar serta mengibas-ngibas sayapnya sebelum terbang buat pertama kali – AP

Dalam usaha untuk menyokong program pemuliharaan burung itu, para petani telah berhenti menggunakan racun serangga perosak dan tidak lagi menggunakan traktor bagi membantu burung itu untuk terus bertahan di kawasan perlindungan.

kebanyakan petani kini mula menggunakan tangan dalam menuai hasil tanaman mereka yang luas berekar-ekar dan tidak menggangu kawasan burung itu bersarang. “Kehadiran burung-burung ini memberikan kami satu kebaikan dan beras organik kami dijual dengan harga tinggi di kebanyakan pasar raya di Bangkok,” kata salah seorang petani kepada wartawan AP.

Sebanyak 40 ekor burung bangau telah dibebaskan ke kehidupan liar dan masih hidup setakat ini dan lapan ekor diantaranya sedang berpasangan sesama sendiri.

Namun apa yang menyedihkan sehingga kini, belum ada proses pembiakan semula pasangan tersebut. Anak bangau, ‘Rice’ kini berusia sebulan dan berkemungkinan besar akan mematuk adik yang kecil sehingga mati namun itu hanyalah satu jangkaan menurut para pakar yang menjaganya.

“Begitu menyeronokkan melihat keluarga ini,” kata ahli ornitologi George Archibald, yang mengadakan lawatan, sambil dia menyelidik anak tetasan kuning coklat dan ibu bapanya yang berwarna ungu kemerahan menerusi ruang melihat.

“Saya benar-benar tersentuh dengan keintiman ibu bapa kepada anak-anak mereka. Mereka terus menerus mengawasi anak mereka itu.”

Archibald, pengasas bersama yayasan International Crane Foundation, telah menasihatkan ahli-ahli sains haiwan Thailand sepanjang usaha mereka untuk memperkenalkan semula bangau ini, burung tinggi berukuran 6 kaki yang disenaraikan sebagai mudah terdedah pada bahaya di seluruh dunia dan pupus di Thailand.

“Banyak cabaran yang di hadapi oleh bangau-bangau ini,” kata Archibald. “Adakah para petani bertolak ansur dengan sedikit kerosakan pada sawah padi mereka?

Adakah terlalu banyak talian kuasa elektrik? Adakah talian itu akan dirempuh oleh bangau-bangau itu. adakah landskap ini benar-benar diubah oleh manusia moden, mempunyai tempat yang selamat untuk burung-burung besar ini?

koloni bangau Thailand ini hilang dalam tahun 1960-an selepas sawah-sawah padi mengambil alih habitatnya, racun serangga telah memusnahkan ular dan ketam yang ia makan dan para pemburu membunuhnya bagi mendapatkan bulunya yang berkilat itu.

Untuk membawa mereka kembali, para ahli sains telah meminjam beberapa ekor bangau dari negara jiran, Kambodia, yang mana kawanan yang jarang ditemui tinggal dalam perlindungan.

Program Pembangunan PBB telah membantu mengumpulkan lebih $1.5 juta bagi bangau ini dan dua lagi spesis terancam di Thailand. Namun membesarkan mana-mana jenis bangau untuk bertahan hidup dalam hidupan liar adalah perkara rumit, sebahagian besarnya kerana burung-burung ini cenderung meninggalkan kesan pada manusia sekelilingnya.

Program Pembangunan PBB telah membantu mengumpulkan lebih AS$1.5 juta bagi bangau ini dan dua lagi spesis terancam di Thailand. – AP
Program Pembangunan PBB telah membantu mengumpulkan lebih AS$1.5 juta bagi bangau ini dan dua lagi spesis terancam di Thailand. – AP

Ahli-ahli biologi hidupan liar yang memberi makan, menjaga dan membawa burung-burung ini dari inkubator zoo ke habitat luar sementara memakai sut bangau palsu untuk menghentikan burung-burung dari mempunyai ikatan.

Di Zoo Korat minggu lalu, penjaga burung Sarawut Wongsombat, berpeluh-peluh dalam gaun putihnya, membuka dan menutup mulut boneka bangau besar di tangan kanannya ketika melambai-lambaikan tilapia kecil di hadapan paruh anak bangau berusia 8 hari sedang kakinya yang kurus bergegar. Burung kecil itu menolak ikan berkali-kali, menggoyang kepalanya dan melompat pergi.

Namun apabila Sarawut berehat, anak burung yang ingin tahu itu makan dengan gelojoh ulat yang ditemuinya dalam mangkuk, diikuti dengan air vitamin berwarna merah jambu. “Dia menerima baik hidangan pertamanya,” kata Sarawut, sambil menanggalkan kostumnya.

Kira-kira 100 batu utara, dua ekor bangau telah dilepaskan sehari sebelumnya, melompat memasuki tanah lembap dari tangan-tangan ‘ibu dan bapa’ mereka, iaitu ahli sains haiwan Tanat Uttaraviset dan Natawut Wanna, yang memakai gaun putih kelabu dengan hud dan sayap fabrik.

Burung-burung itu yang telah menghabiskan selama tiga bulan dalam tempat perlindungan sementara di tanah lembap, melompat di sekitar dan mengibas-ngibas sayapnya sebelum terbang buat pertama kali.

Berdiri di dalam rawa bersebelahan sawah padi organik, para penyokong pemuliharaan memerhati dengan gelisah ketika burung-burung yang telah mereka besarkan. Itu adalah detik berisiko apabila bangau pertama terbang: Kadangkala ia melanggar pokok. Pada masa lain mereka bertemu tumbuhan apabila mendarat.

Lambang dan legasi

Lebih banyak pembebasan seperti ini dijangkakan lewat bulan ini. para penganjur merancangkan satu acara dengan Kementerian Persekitaran untuk memperkenalkan sembilan ekor bangau muda ke hidupan liar, dalam memberi penghormatan kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada 13 Oktober lalu pada usia 88 tahun.

Burung-burung ini dianggap nasib baik dan lebih baik, nombor sembilan menghormati raja, yang dikenali sebagai Rama IX bagi kedudukan baginda dalam dinasti negara.

Legasi Bhumibol termasuklah kebimbangan bagi sawah padi pedalaman, yang mana baginda telah memperkenalkan kaedah mesra alam yang berdaya tahan. “Itu adalah cara terbaik untuk memberi penghormatan kepada raja, dengan burung-burung istimewa ini,” kata Nathanik Klaklangsmorn dari Program Pembangunan PBB. – AP

ARTIKEL YANG SAMA