Usaha tingkat kesedaran pengurusan kewangan

Usaha tingkat kesedaran pengurusan kewangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Dalam usaha untuk menimbulkan kesedaran mengenai manfaat pengurusan kewangan yang lebih baik, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengadakan dua taklimat perancangan kewangan kepada seramai 80 orang guru dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar dan 50 kakitangan dari Armada Properties Sdn Bhd secara berasingan, baru-baru ini.

Inisiatif BIBD itu adalah usaha berterusan untuk menekankan betapa pentingnya dalam meningkatkan kesedaran celik kewangan di negara ini.

Guru dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar ketika mendengar penjelasan mengenai pengurusan kewangan daripada BIBD.
Guru dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar ketika mendengar penjelasan mengenai pengurusan kewangan daripada BIBD.
Kakitangan Armada yang hadir pada taklimat pengurusan kewangan kendalian BIBD.
Kakitangan Armada yang hadir pada taklimat pengurusan kewangan kendalian BIBD.

ARTIKEL YANG SAMA