Usahawan China beli kelab Aston Villa

Usahawan China beli kelab Aston Villa

BIRMINGHAM, 19 Mei (AP) – Aston Villa dibeli usahawan China, Tony Jiantong Xia selepas sedekad di bawah pemilikan daripada Amerika Syarikat, Randy Lerner.

Jualan kepada Kumpulan Recon, Tony Jiantong Xia itu adalah ekoran prestasi pasukan kelab itu yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris selepas menamatkan musim lalu di tangga tercorot.

Bagaimanapun tiada ada maklumat lanjut mengenai harga jualan dilaporkan.

Salah satu keutamaan Xia adalah melantik seorang pengurus bagi mengendali kelab untuk kembali ke liga utama, kata Villa dalam laman web rasminya tatkala pemilik baharu turut meletakkan sasaran kelayakan ke saingan Eropah dengan penamat di kelompok enam terbaik.

Pengambilalihan itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan daripada Persatuan Bola Sepak Inggeris termasuk Xia perlu diisytiharkan sebagai ‘layak dan sesuai’ untuk menjawat jawatan pengarah.

“Tony sudah membina kariernya di sekitar kemudahan yang ada,” kata Lerner.

“Dia sememangnya seorang usahawan yang berjaya tetapi apa yang penting bagi saya, dia sangat tertarik dengan seni bina, reka bentuk dan perancangan.”

Lerner dalam pada itu berkata, Xia komited melabur untuk skuad selain membina stadium Villa Park, yang mana mempunyai kapasiti lebih daripada 42,000.

ARTIKEL YANG SAMA