Usahawan digesa sertai program tingkat produktiviti

Usahawan digesa sertai program tingkat produktiviti

KOTA KINABALU, 3 Mei (Bernama) – Usahawan di Sabah digesa menyertai program SIRIM-Fraunhofer, yang ditawarkan oleh SIRIM Bhd dengan kerjasama Fraunhofer Gesellschaft Institute khusus untuk meningkatkan produktiviti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui aplikasi teknologi.

Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, berkata program yang disediakan di negeri itu merupakan usaha sama pihaknya, SIRIM dan SME Corporation Malaysia untuk menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan teknologi dalam usaha tersebut.

Beliau berkata pihaknya yakin teknologi mampu mewujudkan pertumbuhan dan menjadikan sektor industri lebih mampan dan menguntungkan.

“Saya yakin program yang dilaksanakan oleh SIRIM-Fraunhofer itu akan memberi manfaat kepada sektor industri di Sabah.

“Oleh itu saya meminta semua usahawan di negeri ini untuk tampil ke hadapan menyertai program berkenaan bagi meningkatkan produktiviti melalui teknologi,” katanya ketika merasmikan program Keterlibatan SIRIM-Industri di sini, hari               Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata peserta yang menyertai program SIRIM-Fraunhofer itu juga akan diperkenalkan kepada Model Inovasi Industri SIRIM dan program Audit Teknologi.

Ia adalah kerjasama antara SIRIM dan Fraunhofer dengan sokongan kerajaan untuk membantu PKS menjadi lebih berdaya saing, produktif bagi membolehkan barangan mereka mudah didapati dan diterima di pasaran antarabangsa, katanya.