Usahawan SHOM dirai

Usahawan SHOM dirai

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Seramai 250 usahawan Sahajidah Hai-O baru-baru ini telah diraikan pada Majlis Malam Anugerah yang diadakan di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel & Country Club.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu, Awang Mohammad Hussaini bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad.

Pengurus Besar Sahajidah Hai-O, Tham Yoke Lon, majlis malam anugerah itu merupakan penghargaan pihak syarikat berkenaan kepada para pengedar.

Syarikat tersebut juga memberikan pelbagai insentif termasuk seminar di luar negara dan ganjaran kereta, selain memberikan imbuhan bonus bulanan yang diharapkan dapat menaikan lagi semangat para pengedar dan dapat menarik minat usahawan baru untuk menjadi pengedar Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM).

Majlis yang dihadiri lebih 400 pengedar itu diserikan dengan persembahan tarian dari Relentless Entertainment dan perkongsian dari usahawan berjaya. Majlis juga diselajurkan dengan penganugerahan kepada pengedar-pengedar yang mendapat pangkat dan ganjaran kereta.

Sesi bergambar ramai para penerima anugerah bersama tetamu kehormat.
Sesi bergambar ramai para penerima anugerah bersama tetamu kehormat.

Menurut salah seorang pengedar SHOM, Dayangku Emma Surianti, Sejak Sahajidah Hai-O membuka cawangannya di Brunei pada April yang lalu, syarikat ini telah berjaya membawa usahawan dari Brunei menyertai seminar di luar negara dan telah membantu pengedar untuk menambah pendapatan bulanan mereka.

Dengan penganjuran majlis seumpamanya, syarikat pemasaran berkenaan berharap agar mereka yang diraikan akan terus memimpin dan melahirkan usahawan-usahawan dari Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA