Usahawan terima deposit curi AS$20 juta

Usahawan terima deposit curi AS$20 juta

COLOMBO, 1 April (Reuters) – Apabila Hagoda Gamage Shalika Perera, seorang ahli perniagaan wanita dari Sri Lanka, mendapat deposit AS$20 juta ke dalam akaunnya bulan lalu, berkata dia dana itu dijangkakan tetapi tidak tahu wang itu telah dicuri dari bank pusat Bangladesh dalam salah satu rompakan siber terbesar dalam sejarah.

Penggodam-penggodam yang tidak dikenali telah mencerobohi sistem Bank Bangladesh antara 4–5 Februari dan cuba mencuri hampir AS$1 bilion dari akaunnya di Bank Federal Reserve Bank, New York.

Kebanyakan pembayaran telah disekat. Tetapi AS$20 juta telah dimasukkan ke dalam Shalika Foundation (Yayasan Perera Shalika) sebelum pemindahan itu dibatalkan.

Para pegawai bank pusat Bangladesh berkata mereka bertindak selepas bank penyaluran, Deutsche Bank, meminta pengesahan tentang pemindahan itu kerana para penggodam salah mengeja nama syarikat itu sebagai ‘Fundation’.

Hegoda Gamage Shalika Perera bercakap semasa temubual dengan Reuters di Colombo. – Reuters
Hegoda Gamage Shalika Perera bercakap semasa temubual dengan Reuters di Colombo. – Reuters

AS$81 juta lagi disalurkan ke akaun-akaun di Filipina, dan dilencongkan ke kasino-kasino di sana, yang mana di situ berakhirnya jejak.

Senat Filipina menahan pendengaran bagi kes ini, tetapi sehingga kini, beberapa butiran telah muncul tentang hubungan Sri Lanka.

Dalam ulasan terbuka pertamanya tentang kes ini, Perera, ahli perniagaan yang berusaha dalam kepayahan yang menerajui Shalika, memberitahu Reuters dia menjangkakan AS$20 juta datang dari Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) untuk membantu membiayai loji tenaga dan projek-projek lain di Sri Lanka.

Menurutnya dia tidak ada berurusan secara langsung dengan JICA, tetapi urusan diatur oleh seorang kenalan yang ditemuinya di Sri Lanka tetapi mempunyai hubungan di Jepun.

ARTIKEL YANG SAMA