‘Usain Bolt’ Asia Tenggara

‘Usain Bolt’ Asia Tenggara

SINGAPURA, 9 Jun (AFP) – Atlet Filipina, Eric Cray mencipta kejutan apabila muncul sebagai pelari terpantas pada temasya Sukan SEA kali ini, selepas mendominasi acara 100 meter yang berakhir di sini, petang tadi.

Pelari kelahiran Olangapo berusia 26 tahun itu mencatatkan masa 10.25 saat di Stadium Nasional untuk merampas gelaran berkenaan dari pemenang terdahulu dari Thailand Jirapong Meenapra yang hanya mampu menduduki tempat kelima dalam kejohanan kali ini.

Pingat perak dan gangsa pula milik pelari Indonesia, Yaspi Boby dan Iswandi yang mencatatkan masa 10.45 saat.

Kacukan Filipina-Amerika itu Mei lalu menjadi atlet Filipina pertama layak ke Sukan Olimpik Rio pada 2016, selepas melepasi kelayakan masa 49.40 saat untuk larian 400 meter lari berpagar lelaki di Kejohanan Olahraga Jemputan Cayman.

Eric Cray muncul sebagai pelari terpantas Sukan SEA ke-28 selepas mendominasi acara 100 meter petang tadi. – AFP
Eric Cray muncul sebagai pelari terpantas Sukan SEA ke-28 selepas mendominasi acara 100 meter petang tadi. – AFP

Sebelum itu, rakan senegaranya Kaleb Stuart memecahkan rekod melontar tukul besi Sukan SEA lebih tiga meter (10 kaki) untuk memenangi emas pada permulaan pertandingan Sukan SEA dua tahun sekali yang diadakan di Singapura buat pertama kali dalam tempoh 22 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA