Usia 40 hanyalah angka

Usia 40 hanyalah angka

BORDEAUX, 15 Jun (AFP) – Pengendali Hungary Bernd Storck memuji penjaga gol Gabor Kiraly, 40, selepas muncul selaku pemain tertua dalam sejarah Kejohanan Eropah ketika pasukannya mengejutkan Austria 2-0 sebentar tadi.

Kiraly yang terkenal dengan penampilan seluar joging warna kelabu, meraikan kejayaan memecahkan rekod dipegang legenda Jerman, Lothar Matthaus dengan memastikan kemenangan bergaya Hungary tanpa melepaskan gol.

“Dia dipilih mengawal gawang kerana dia seorang pemain yang hebat,” kata Storck. “Saya tidak pernah berkata saya mempunyai pemain yang tua, sebaliknya saya mempunyai seorang pemain yang bagus.

“Saya sentiasa fikir dia antara seorang pemain terbaik dunia. “Dia menyumbang kepada kemenangan ini, dengan memastikan gawang tidak dibolosi. Dia mengetuai pasukan untuk menang dan mendapat ganjaran untuk semua kerja keras dia selama ini.”

Penjaga gol Hungary Gabor Kiraly yang sudah mencecah umur 40 tahun. – AFP
Penjaga gol Hungary Gabor Kiraly yang sudah mencecah umur 40 tahun. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Jaringan babak kedua daripada Adam Szalai dan Zoltan Stieber membantu Hungary meraih kemenangan dalam aksi pembukaan Kumpulan F, kemenangan pertama di kejohanan itu sejak penamat ketiga mereka pada 1964.

Hungary yang membuat penampilan pertama di kejohanan utama sejak Piala Dunia 1986, menanam impian untuk melangkah ke pusingan 16 terakhir apabila mereka membuat perhitungan dengan Iceland di Marseille, Sabtu ini.

ARTIKEL YANG SAMA