Usia bukan penghalang

Usia bukan penghalang

PARIS, 7 Jun (AFP) – Serena Williams memenangi Wimbledon buat kali kelima dan akan menjadi pilihan panas untuk kali enam apabila pertandingan klasik gelanggang rumput akan berlangsung di London dalam tempoh tiga minggu lagi.

Jika dia berjaya menggembirakan penonton dengan berbuat demikian, ia akan menjadi kali kedua dalam kerjayanya, menjulang kesemua empat gelaran Grand Slam pada masa yang sama – dan separuh jalan lagi untuk menjadi wanita keempat memenangi kesemua empat gelaran pada tahun yang sama.

Ia adalah bukti jelas bagaimana dominan pemain Amerika berusia 33 tahun itu dalam tenis permainan selepas 17 tahun membuat penampilan pertama di Grand Slam.

Sehingga kini beliau telah memenangi 20 gelaran Grand Slam, hanya kurang dua berbanding 22 untuk Steffi Graf dalam rekod era Terbuka, dan yang paling menggerunkan lawannya, dia semakin bertenaga.

Tujuh daripada gelaran itu diraihnya hasil bimbingan jurulatih Perancis (teman lelaki) Patrick Mouratoglou sejak Jun 2012 selepas tewas pada pusingan pertama kepada Virginie Razzano di Terbuka Perancis – yang pertama sehingga kini. Beliau kempunan gelaran Grand Slam pada percubaan pertama.

Serena bergambar bersama trofi Terbuka Perancis dekat menara Eifel di Paris semalam. – AFP
Serena bergambar bersama trofi Terbuka Perancis dekat menara Eifel di Paris semalam. – AFP

Pada masa itu Williams telah dilanda beberapa kecederaan dan kurang motivasi tetapi dia memuji Mouratoglou kerana berjaya mengubah segala-galanya.

“Dahulu kerjayanya penuh dengan turun naik,” kata Mouratoglou selepas menang tiga set ke atas Lucie Safarova pada final Terbuka Perancis semalam untuk gelaran Grand Slam ke-20 beliau.

“Saya mempunyai tanggapan bahawa dia tidak ada motivasi pada masa itu dan dia juga selalu dilanda kecederaan.”

Sekarang, katanya, Serena benar-benar mampu memenangi lima Grand Slam berturut-turut di Wimbledon dan New York, walaupun beliau mengingatkan bahawa kemampuan ke arah itu masih dipersoalkan.

ARTIKEL YANG SAMA