Ustaz Don di Daerah Belait

Ustaz Don di Daerah Belait

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 9 Jun – Lebih 1,000 orang hadir mendengar ceramah khas bertajuk ‘Keluarga Berwawasan’ oleh penceramah terkenal dari Malaysia, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, di Majlis Perhimpunan Khas Sempena Hari Keluarga Kebangsaan ke-4 bagi Daerah Belait yang diadakan di Pusat Insani di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Idris bin Haji Mohd Ali.

Majlis perhimpunan ini diadakan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan 2015, di samping meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan hidup berkeluarga, serta dihasratkan untuk mengukuhkan dan meningkatkan lagi kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan masyarakat yang berkualiti.

Selain itu, ia juga adalah bagi meningkatkan pemahaman mengenai kepentingan agama dalam kehidupan berkeluarga dan secara individu serta memupuk kefahaman kepada masyarakat betapa pentingnya institusi keluarga dalam pembangunan masyarakat di samping bagi menggalakkan masyarakat khususnya keluarga di negara ini untuk membina keluarga bahagia dan harmoni, kukuh dan berdaya tahan.

Haji Idris bersama para hadirin yang lain ketika mendengar ceramah khas mengenai ‘keluarga berwawasan’.
Haji Idris bersama para hadirin yang lain ketika mendengar ceramah khas mengenai ‘keluarga berwawasan’.

pg08_150610_a

ARTIKEL YANG SAMA