Ustaz Don meriahkan Perhimpunan Khas Hari Keluarga

Ustaz Don meriahkan Perhimpunan Khas Hari Keluarga

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Pendakwah bebas yang sering muncul dikaca televisyen di saluran Astro, Don Danial Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don, hari ini menyampaikan ceramah khas yang bertemakan “Keluarga Berwawasan” di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

Beliau yang dijemput khas ke Majlis Perhimpunan Khas Sempena Hari Keluarga Kebangsaan kali keempat, dihadiri Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah selaku tetamu kehormat berserta isteri masing-masing.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mohd Amin bin Haji Salim sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan Pemangku Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial, Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan selaku Pengerusi Bersama Majlis Perhimpunan kali ini iaitu Awang Mohd Hussaini Abdullah. Perhimpunan kali ini merupakan kesinambungan kepada Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Kali Ke-4, Tahun 2015M/1436H yang telah berlangsung pada 2 dan 3 Mei lalu.

Seramai 4,000 orang peserta terlibat di majlis yang dianjurkan bersama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan itu.

Ustaz Don Daniyal menyampaikan ceramah khas bertajuk “Keluarga Berwawasan.”
Ustaz Don Daniyal menyampaikan ceramah khas bertajuk “Keluarga Berwawasan.”
Menteri Hal Ehwal Ugama, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat dalam Majlis Perhimpunan Khas sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan kelmarin.
Menteri Hal Ehwal Ugama, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat dalam Majlis Perhimpunan Khas sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan kelmarin.
Antara yang hadir ke Majlis Perhimpunan Khas sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan kelmarin.
Antara yang hadir ke Majlis Perhimpunan Khas sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan kelmarin.

pg03_150609_d

Buat kali pertama, ceramah khas berkenaan akan dilaratkan ke keempat-empat daerah iaitu pada 8 Jun , Isnin, 8.00 malam di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah; 9 Jun, Selasa, 8.00 pagi di Pusat Insani Daerah Belait dan 1.45 petang di Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong dan 10 Jun, Rabu, 8.00 pagi pula berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong. Majlis Perhimpunan Khas Sempena Hari Keluarga Kebangsaan Kali Ke 4, antara lain bertujuan memeriahkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2015 serta meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan hidup berkeluarga.

ARTIKEL YANG SAMA