Usul tidak percaya terhadap Najib

Usul tidak percaya terhadap Najib

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Pemimpin pembangkang Malaysia hari ini mengatakan beliau akan membentangkan usul tidak yakin ke atas Perdana Menteri Najib Razak yang berhadapan penelitian rapi atas tuduhan rasuah.

Wan Azizah Wan Ismail mengatakan beliau akan menyerahkan usul itu bagi mewakili pakatan pembangkang tiga parti ‘dalam masa beberapa hari lagi,’ menyeru Najib untuk bertanggungjawab atas skandal yang menggegarkan pasaran Malaysia dan menjejaskan imej kerajaan.

“Kita perlu menyelamatkan negara kita,” Wan Azizah, isteri kepada bekas pemimpin pembangkang dipenjarakan, Anwar Ibrahim, memberitahu wartawan pada sidang sampingan parlimen ketika ia bersidang semula hari ini.

Malaysia dicengkam krisis politik selama berbulan-bulan atas tuduhan kehilangan berjuta-juta wang dari syarikat milik kerajaan yang dilancarkan Najib dan pendedahan bahawa hampir $700 juta dalam simpanan misteri yang dibuat ke dalam akaun banknya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keluar daripada Dewan Rakyat selepas sesi soal jawab lisan pertama sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keluar daripada Dewan Rakyat selepas sesi soal jawab lisan pertama sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. – Bernama

Walau bagaimanapun, tokoh-tokoh pembangkang memberi amaran usul tidak percaya itu merupakan satu percubaan yang mungkin mencapai kejayaan tipis memandangkan kekuatan parti memerintah yang menguasai parlimen.

Pelbagai penyiasatan dilakukan di Malaysia ke atas skandal yang tampak buntu selepas Najib dalam Julai merombak kabinetnya untuk menghapuskan pengkritik dan menggantikan peguam negara lama dengan peguam yang dilantiknya sendiri.

Namun pengawal pengatur di Amerika Syarikat dan di mana sahaja dilaporkan meneliti secara rapi aliran wang kompleks itu. Pihak berkuasa di Switzerland dan Singapura sebelumnya mengatakan mereka sudah membekukan berjuta-juta dolar dalam dana ketika siasatan bagi kemungkinan penggubahan wang haram dan jenayah lain. Najib muncul seketika di dewan rakyat hari ini yang bersidang buat pertama kali semenjak pendedahan dalam Julai mengenai wang simpanan dalam akaunnya.

Beliau tidak membuat sebarang ulasan mengenai tuduhan rasuah.

Ahli pembangkang mengatakan parlimen dikuasai kerajaan menolak sejumlah soalan yang mereka mahu Najib dan syarikat negara 1Malaysia Development Berhad (IMDB) jawab di dewan rakyat.

Najib dan 1MDB bagaimanapun sekeras-kerasnya menafikan salah laku. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA