UTB anjur kempen amal untuk DANA

UTB anjur kempen amal untuk DANA

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Exco Ekonomi dan Keusahawanan, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah menganjurkan kempen amal untuk Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim (DANA) yang berlangsung selama tiga hari, bermula hingga hari ini.

Wakil pelajar UTB, Dayang Raihana @ Naziah binti Haji Mohamed memberitahu, kempen amal yang diadakan di The Mall, Gadong dan The Aiprort Mall, Berakas itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Kempen derma amal untuk anak-anak yatim ini, jelasnya, bertujuan untuk menambah dan mengumpul lebih banyak dana untuk mereka.

Di samping daripada kutipan derma berkenaan, beliau memberitahu UTB juga akan menganjurkan Pesta Ria Amal pada Mei nanti dengan kos penyertaan $2.

Menurutnya, semua hasil tersebut akan disumbangkan ke DANA di mana kempen itu dijangka diadakan pada 27-29 Mei bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam di Collonnade Jerudong Park.

ARTIKEL YANG SAMA