UTB anjur Pesta Ria Amal

UTB anjur Pesta Ria Amal

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Universiti Teknologi Brunei (UTB) akan menganjurkan Pesta Ria Amal pada 27 hingga 29 Mei ini di The Colonnade, Jerudong Park.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bayaran bagi setiap kemasukan adalah $2 dan semua hasil kutipan itu nanti akan diserahkan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA).

Acara yang akan diadakan nanti termasuklah pameran lukisan, pelbagai jualan makanan, permainan, pameran haiwan, tayangan filem dan berbagai-bagai lagi.

Acara ini bertujuan untuk membantu DANA dalam mencapai tujuannya, iaitu untuk memeduli dan memastikan anak-anak yatim menjadi generasi yang berpengetahuan dan berkemahiran serta memiliki ciri-ciri yang berguna sejajar dengan konsep Melayu Islam Beraja (MIB).

Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai bolehlah mengikuti laman Instagram UTB.CFF.

ARTIKEL YANG SAMA