UTB sertai Sukan Persahabatan Staf IPT 2016

UTB sertai Sukan Persahabatan Staf IPT 2016

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Seramai 21 orang atlet yang terdiri daripada kakitangan Universiti Teknologi Brunei (UTB) akan turut serta dalam Kejohanan Sukan Persahabatan Staf IPT Borneo 2016 di Kota Kinabalu, Sabah.

Sehubungan dengan itu, bendera UTB diserahkan hari ini kepada ketua kontinjen UTB yang disempurnakan oleh Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman kepada Pemangku Bendahari, Awang Hamdani bin Haji Ibrahim.

Menurut kenyataan di sini, acara yang diadakan dua tahun sekali itu kini dihoskan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bermula dari 20 hingga 22 April 2016.

pg24_160419_b

Doa selamat juga turut dibacakan oleh Pengiran Haji Kamarudzaman bin Pengiran Haji Mohd Yassin yang kemudian diteruskan dengan ucapan kata-kata sokongan dan semangat kepada kontinjen UTB oleh Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah.

Dalam 13 acara yang dipertandingkan dalam sukan itu nanti, UTB akan turut serta dalam acara futsal, badminton, damak dan golf. Sejumlah 14 institusi pendidikan tinggi dari Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan akan turut serta dalam sukan itu.

ARTIKEL YANG SAMA