Utusan China gesa Arab, Iran bertenang

Utusan China gesa Arab, Iran bertenang

BEIJING, 11 Jan (Reuters) – Seorang duta China yang melawat Arab Saudi dan Iran sejak seminggu lalu telah meminta kedua-dua negara supaya bersabar dan tenang di tengah persengketaan berterusan di antara kedua-dua negara, dalam penglibatan diplomatik luar biasa ke rantau oleh Beijing.

Ketegangan di antara kerajaan Islam Sunni Arab Saudi dan Islam Syiah Iran telah meningkat sejak pihak berkuasa Saudi melaksana hukuman mati ke atas ulama Syiah Minr al-Nimr pada 2 Januari, sekaligus membangkitkan kemarahan penduduk Syiah di seluruh Timur Tengah.

Sebagai respons, pembantah Iran menyerbu kedutaan Saudi di Tehran dan konsulatnya di Mashhad, mendorong Riyadh memutuskan hubungan. Tehran seterusnya memutuskan semua hubungan komersial dengan Riyadh, dan mengharamkan jemaah daripada berkunjung ke Mekah.

Negara Arab lain telah memanggil pulang duta ke Iran dan Amiriah Arab Bersatu mengurangkan hubungan sebagai menyokong Arab Saudi.

Dalam kenyataan berasingan di laman webnya hari ini, Kementerian Luar China berkata Timbalan Menteri Luar Zhang Ming bertemu dengan pegawai kanan Saudi dan Iran ketika lawatannya.

Ketika berada di Saudi, Zhang bercakap mengenai keadaan di antara Arab Saudi dan Iran dan “berharap parti berkaitan mengekal keadaan tenang dan mengamalkan kesabaran, mempertingkat dialog dan rundingan dan mempromosi pembaikan keadaan,” kata kementerian.

ARTIKEL YANG SAMA