Utusan hak asasi PBB siasat kes Rohingya

Utusan hak asasi PBB siasat kes Rohingya

SITTWE, Myanmar, 13 Jan – Utusan khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Myanmar telah tiba di negeri Rakhine hari ini bagi lawatan utara untuk menyiasat pertuduhan penderaan dahsyat pasukan keselamatan ke atas orang Islam Rohingya. Pelapor khas mengenai Myanmar, Yanghee Lee mendarat di bandar negeri Sittwe sebagai sebahagian daripada lawatan 12 hari untuk menyiasat keganasan memuncak di kawasan sempadan etnik Myanmar.

Lee telah berdepan ancaman daripada penganut Buddha berhubung kunjungan sebelumnya yang mengkritik bagaimana Myanmar telah melayan Rohingya, sebuah kumpulan tidak bernegara yang menderita ditindas dan kemiskinan selama bertahun-tahun.

Kira-kira tiga bulan yang lalu, mereka telah disasarkan oleh tindakan keras tentera di utara Rakhine yang PBB katakan telah memaksa kira-kira 65,000 orang untuk lari menyeberangi sempadan menuju ke Bangladesh.

Sejurus tiba di Sittwe, Lee bertemu dengan para pegawai kanan tempatan dari parti pemerintah Liga Demokrasi Kebangsaan Myanmar dan tentera, menurut jurnalis AFP yang berada di sana.

Sebelumnya, seorang tokoh kanan dari parti nasionalis Arakan National, yang mengawal parlimen kerajaan dan menentang dengan hebat sebarang langkah untuk memberi kerakyatan Rohingya, berkata mereka enggan untuk bertemu dengan Lee.

“Mereka menawarkan untuk bertemu dengan kami dari pihak mereka namun kami tidak mempunyai rancangan untuk bertemu mereka,” kata naib presiden ANP, Khine Pyi Soe memberitahu AFP. – AFP