Utusan Syria PBB adakan rundingan meluas terbuka

Utusan Syria PBB adakan rundingan meluas terbuka

GENEVA, 5 Mei (AFP) – Utusan keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Syria, Staffan de Mistura, hari ini mengumumkan konsultasi meluas di Geneva bersama para peserta dalam negara dan serantau dalam harapan untuk memulihkan dialog yang tertangguh mengenai konflik itu.

De Mistura mengatakan rundingan bersama kerajaan Syria dan sekitar 40 kumpulan, termasuk ‘peserta tentera, politik, wanita, masyarakat awam, mangsa, dan puak lain,” juga akan mengajak kira-kira 20 peserta serantau dan antarabangsa, termasuk Iran.

Konsultasi itu akan diadakan pada asas seorang ke seorang antara PBB dan para peserta berasingan.

Menurutnya walaupun ‘tidak menonjol’, rundingan itu akan menjadi ‘sangat serius’ dan boleh berlarutan selepas tempoh akhir pada Jun.

“Tidak adanya tarikh penamat,” kata diplomat Itali-Sweden itu, menambah: “Menjelang akhir Jun kami akan menilai kemajuan….dan memutuskan langkah seterusnya.”

Staffan de Mistura menghadiri sidang akhbar pada 5 Mei di Geneva. – AFP
Staffan de Mistura menghadiri sidang akhbar pada 5 Mei di Geneva. – AFP

Entiti yang disenaraikan pengganas seperti kumpulan IS dan Al-Nusra tidak akan diundang namun kumpulan-kumpulan yang berhubung dengan mereka akan berada dalam senarai peserta.

“Kami akan cuba mendengar kepada mana-mana pendapat,” katanya.

“Mereka juga termasuk perwakilan masyarakat awam kerana proses ini adalah untuk bercakap kepada suara-suara rakyat Syria yang sering pendapat mereka tidak didengari.

“Proses ini akan dilanjutkan kepada yang lain ketika kita bergerak bersama. Kami mahu mendengar sebanyak mana pendapat pun,” katanya.

“PBB tidak akan meninggalkan Syria walaupun kelihatannya seperti ‘Mission Impossible’”, kata de Mistura menyuarakan ‘keazamannya’ untuk membantu mencari penyelesaian untuk menamatkan krisis tersebut.

Menggelar konflik Syria itu ‘tragedi kemanusian paling terbesar sejak Perang Dunia Kedua,” de Mistura mengatakan dia akan ‘berusaha sedaya upaya’ dalam bidaannya untuk cuba dan menamatkan peperangan itu.

ARTIKEL YANG SAMA