Utusan Syria PBB bincang perdamaian di Iran

Utusan Syria PBB bincang perdamaian di Iran

TEHRAN, 12 April – Utusan Syria PBB, Staffan de Mistura tiba di Tehran hari ini bagi rundingan bersama penyokong penting Presiden Bashar al-Assad menjelang rundingan damai baru di Geneva.

De Mistura akan bertemu timbalan menteri luar negeri Iran, Hossein Amir Abdollahian, lapor media Iran, menjelang usaha terbaru bagi menamatkan pertempuran lima tahun yang membunuh lebih 270,000 orang.

Iran dan Rusia sudah lama menjadi penyokong tertinggi Assad dalam konflik itu, dengan Tehran menyediakan sokongan ekonomi dan tentera yang telah menyokong pemerintahannya.

Konflik itu juga telah memaksa berjuta-juta orang lari dari negara mereka, mencetuskan krisis pelarian di Eropah.

Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi pada Disember yang membawa kepada rundingan perdamaian. Satu rangka kerja menyeru pilihan raya Syria akan diadakan 18 bulan selepas kerajaan peralihan bersetuju.

Staffan de Mistura (kanan) dan Hossein Amir-Abdollahian (kiri) berjalan beriringan selepas mesyuarat di Tehran pada 12 April. – AFP
Staffan de Mistura (kanan) dan Hossein Amir-Abdollahian (kiri) berjalan beriringan selepas mesyuarat di Tehran pada 12 April. – AFP

Bagaimanapun nasib Assad menjadi penghalang besar.

De Mistura, seorang diplomat veteran dan perunding dalam zon konflik termasuk Iraq dan Afghanistan, mengatakan kelmarin apabila berada di Damsyik bahawa mesyuarat Geneva minggu ini akan menjadi ‘amat penting’.

“Kami akan memfokuskan terutamanya dalam peralihan politik, atas pemerintahan dan dasar perlembagaan,” ujarnya kepada para wartawan selepas mesyuarat dengan Menteri Luar Negeri Syria, Walid Muallem. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA