Uzbeks bukan tandingan China

Uzbeks bukan tandingan China

DOHA, 12 Okt – Usaha China untuk layak ke Piala Dunia 2018 terjejas selepas tewas 2-0 kepada Uzbekistan dalam aksi Kumpulan A semalam.

China, yang melabur banyak dalam bola sepak dan merancang bidaan Piala Dunia 2030, terjejas di Tashkent dengan Uzbekistan menyumbat dua gol pada babak kedua menerusi Marat Bikaev dan Otabek Shukurov.

Kejayaan semalam meletakkan pasukan Uzbeks menguasai kumpulan mereka dengan tiga kemenangan dari empat perlawanan, sementara China berada di tangga kelima dengan hanya satu mata bagi usaha mereka setakat ini.

Negara Asia Tengah itu, yang tidak pernah beraksi dalam perlawanan empat tahun sekali itu, meningkatkan permainan pada babak kedua dan membuka jaringan menerusi Bikmaev pada minit ke-50.

Penyerang dari Lokomotiv Tashkent itu meledakan jaringan selepas pemain utama Eldor Shomurodov menjejaskan pertahanan China dengan hantaran-hantaran cantik.

Pasukan Uzbek menguasai permainan dan hampir menjaringkan gol sekali lagi beberapa minit kemudian, tetapi rembatan Igor Sergeev tersasar.

Ketika perlawanan berbaki lima minit, tuan rumah meraih tiga mata selepas sepakan Shukurov melantun mengenai Zhang Chengdong dan menerjah jaring.

Uzbekistan hampir menambah gol pada masa tambahan tetapi rembatan Jaloliddin Masharipov melantun mengenai tiang gol, tetapi tuan rumah tidak merungut ketika meletakkan diri sebagai pesaing sebenar merebut tempat di Rusia 2018. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA