Vaksin MERS berpotensi

Vaksin MERS berpotensi

WASHINGTON, 29 Julai (AFP) – Satu vaksin untuk Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) menunjukkan keputusan baik dalam ujian haiwan, sekali gus mencetuskan satu tindak balas sistem imun yang membawa kepada penghasilan satu vaksin untuk orang, kata penyelidik semalam.

Buat masa sekarang, tidak adanya vaksin dibenarkan untuk MERS, yang pertama muncul pada tahun 2012 dan telah menimbulkan pelbagai kebimbangan termasuk wabak terbaru di Korea Selatan.

Tikus yang diberi vaksin menghasilkan antibodi yang meneutralkan virus MERS, menurut satu kajian dari Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (AS).

Vaksin yang mencetuskan tindak balas imun terbesar dalam tikus seterusnya diberikan kepada monyet.

Monyet berkenaan dilindungi daripada jangkitan paru-paru serius yang merupakan sifat tipikal MERS apabila diberikan vaksin uji kaji dan seterusnya terdedah kepada versi virus, kata kajian.

Vaksin yang kini masih dalam tahap ujian yang mempunyai keputusan baik. - Reuters
Vaksin yang kini masih dalam tahap ujian yang mempunyai keputusan baik. – Reuters

Kajian dengan hasil dapatan positif itu disiarkan dalam jurnal ‘Nature Communications.’

Penyelidik kini sedang mengusahakan versi vaksin yang boleh diuji dalam percubaan klinikal untuk manusia.

Wabak MERS di Korea Selatan pada Mei menjangkiti kira-kira 180 orang, membunuh 36. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengenal pasti 1,368 kes sejak 2012 termasuk 490 kematian, kebanyakan mereka di Arab Saudi.