Vaksin pertama Malaria diluluskan

Vaksin pertama Malaria diluluskan

LONDON, 24 Julai – Vaksin malaria pertama di dunia mendapat kelulusan hari ini dari pengawal atur ubat Eropah yang menyarankan ia seharusnya dilesenkan untuk digunakan pada anak damit di Afrika yang berisiko penyakit bawaan nyamuk ini.

Suntikan itu, dipanggil RTS,S atau Mosquirix dan dimajukan oleh pengeluar ubat Britain, GlaxoSmithKline dalam perkongsian dengan PATH Malaria Vaccine Initiative, akan menjadi vaksin manusia pertama berlesen ke atas penyakit parasit dan boleh membantu mencegah berjuta-juta kes malaria di negara-negara yang menggunakannya.

Saranan bagi lesen ubat ini dibuat oleh European Medicines Agency (EMA) lazimnya disokong oleh Suruhanjaya Eropah dalam tempoh beberapa bulan.

Mosqurix, juga sebahagian dibiayai oleh Yayasan Bill & Melinda Gates, akan juga kini boleh didapati oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang berjanji akan memberikan bimbingannya tentang bila dan di mana ia seharusnya digunakan sebelum akhir tahun ini.

Malaria telah membunuh kira-kira 584,000 orang pada tahun 2013, majoriti besar mereka di selatan gurun sahara Afrika. Lebih dari 80 peratus kematian adalah kanak-kanak berusia di bawah usia lima tahun.

(FILES) A picture taken on December 18, 2013 shows a woman sitting beside her son suffering from malaria at the pedriatic hospital in Bangui. European regulators on July 24, 2015 gave the go-ahead for the world's most advanced malaria candidate vaccine, despite mixed results from a years-long trial on nearly 15,500 children in seven African countries. AFP PHOTO / FRED DUFOUR
(FILES) A picture taken on December 18, 2013 shows a woman sitting beside her son suffering from malaria at the pedriatic hospital in Bangui. European regulators on July 24, 2015 gave the go-ahead for the world’s most advanced malaria candidate vaccine, despite mixed results from a years-long trial on nearly 15,500 children in seven African countries. AFP PHOTO / FRED DUFOUR

Andrew Witty, ketua eksekutif GSK, berkata saranan positif EMA adalah langkah lebih penting ke arah menjadikan vaksin pertama malaria di dunia diperolehi bagi kanak-kanak.

“Sementara RTS,S yang ia sendiri adalah bukan jawapan lengkap kepada malaria, penggunaannya berserta dengan apa yang ada sekarang seperti kelambu dan racun serangga akan memberikan sumbangan sangat bermakna untuk mengawal impak malaria ke atas kanak-kanak dalam masyarakat Afrika yang sangat memerlukannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pakar-pakar kesihatan sejagat telah lama berharap para ahli sains akan dapat menghasilkan vaksin malaria berkesan dan para penyelidik di GSK telah bekerjasama dalam menghasilkan RTS,S selama 30 tahun.

Harapan suntikan ini akan menjadi jawapan terakhir untuk menghapuskan malaria malap apabila data percubaan yang dikeluarkan pada tahun 2011 dan 2012 menunjukkan ia hanya mengurangkan episod malaria pada anak-anak damit berusia 6-12 minggu dengan 27 peratus, dan kira-kira 46 peratus dalam kanak-kanak berusia 5-17 bulan. – Reuters