Valbuena sertai Lyon

Valbuena sertai Lyon

LYON, 12 Ogos – Perancang antarabangsa Perancis Mathieu Valbuena telah menyertai kelab Lyon dengan persetujuan setahun sahaja selepas berpindah ke Rusia, kelab Ligue 1 Perancis itu berkata semalam.

Pemain berusia 30 tahun itu meninggalkan Marseille 12 bulan yang lalu untuk menyertai Dynamo Moscow dengan persetujuan 7 juta euro (AS$7.75 juta) selama tiga tahun, tetapi kini kembali ke tanah air untuk memenangi tempat dalam skuad Euro 2016 Perancis.

Valbuena telah menandatangani perjanjian tiga tahun bernilai lima juta euro (AS$5.5 juta) bersama Lyon, yang menjulang kejuaraan liga Perancis ketujuh pada 2008. Valbuena lulus ujian perubatan di Lyon semalam dan kemudian telah diperkenalkan secara rasmi.

Saya tidak menyesal bersama Dynamo Moscow di mana semuanya berjalan dengan baik pada musim pertama tetapi untuk tahun kedua objektif sukan tidak lagi selaras dengan apa yang saya mahukan,” kata Valbuena selepas Dynamo ditendang dari Liga Europa oleh UEFA kerana melanggar peraturan adil kewangan.

“Kita tahu tahap Lyon selepas musim 2015 yang bagus dan layak menyertai Liga Juara-Juara. Semua itu memainkan peranan dalam keputusan saya,” kata Valbuena, yang memulakan kerjayanya di Libourne sebelum berpindah ke Marseille pada 2006 dan menghabiskan lapan musim di Velodrome.

Valbuena (dua kanan) bergambar dengan jersi dan presiden kelab Jean-Michel Aulas (kiri), pengurus besar Bernard Lacombe (dua kiri) dan jurulatih Hubert Fournier (kanan) semalam. – AFP
Valbuena (dua kanan) bergambar dengan jersi dan presiden kelab Jean-Michel Aulas (kiri), pengurus besar Bernard Lacombe (dua kiri) dan jurulatih Hubert Fournier (kanan) semalam. – AFP

Dia memenangi gelaran Perancis bersama gergasi selatan itu pada 2010, tahun sama beliau membuat penampilan pertama Perancis – di mana dia menjaringkan tujuh gol dalam 48 penampilan untuk pasukan kebangsaan. Gaji Valbuena tidak didedahkan tetapi tidak sampai enam juta euro setahun seperti di Moscow.

Pemain setinggi 5’4” ini digelar ‘Petit velo’ (basikal damit) disebabkan saiznya yang damit, adalah perolehan keempat Lyon selepas pertahanan Jeremy Morel (Marseille), Rafael (Manchester United) dan penyerang Claudio Beauvue (Guingamp).

“Saya gembira menyertai Lyon. Saya tiba dengan cita-cita untuk memenangi gelaran dan membawa pengalaman,” kata Valbuena. “Saya berminat kembali ke Perancis dan minat yang ditunjukkan oleh Lyon benar-benar peluang besar kepada saya.”

Valbuena, yang menjaringkan tujuh gol dalam 48 penampilan untuk Les Bleus, sedang mencari profil yang lebih tinggi bersama Lyon untuk mengintai Kejohanan Eropah di laman sendiri. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA