Valdes tinggalkan Old Trafford

Valdes tinggalkan Old Trafford

LONDON, 22 Jan (Reuters) – Penjaga gol Manchester United, Victor Valdes, yang tidak gembira di Old Trafford semakin hampir untuk meninggalkan kelab itu.

Menurut laporan media British hari ini, penjaga gol Sepanyol itu bakal dipinjamkan ke kelab Belgium, Standard Liege.

Bekas penjaga gawang Barcelona berusia 33 tahun itu menyertai United musim lalu sebagai pengganti David De Gea, namun hanya beraksi dua kali apabila penjaga gol utama United yang juga rakan senegaranya itu tidak jadi menyertai Real Madrid.

United tidak mahu mengulas berkenaan masa depan Valdes, tetapi pemain itu seakan memberi isyarat jelas apabila mengucapkan rasa terima kasih kepada penyokong kelab.

“Saya ta akan melupakannya,” kata Valdes di Instagram.

ARTIKEL YANG SAMA