Valdes tinggalkan United

Valdes tinggalkan United

LONDON, 25 Jan – Tempoh sukar Victor Valdes di Manchester United berakhir apabila penjaga gol itu disahkan akan menyertai kelab Belgium, Standard Liege secara pinjaman.

Pemain berusia 34 tahun itu akan kekal di Belgium sehingga akhir musim ini sebelum menjadi ejen percuma.

Kenyataan dalam laman web United berkata: “Manchester United dan Standard Liege mencapai persefahaman untuk perpindahan sementara penjaga gol, Victor Valdes, berkuat kuasa sehingga akhir musim ini.”

Valdes yang juga seorang tonggak utama Barcelona, hanya berjaya membuat dua penampilan sejak menyertai United 12 bulan lalu dan dilaporkan mempunyai hubungan yang dingin dengan bos The Red Devils, Louis van Gaal.

Pada Khamis lalu, Valdes menghantar ucapan selamat tinggal kepada penyokong United dengan berkata: “Terima kasih di atas sokongan anda sepanjang tempoh sukar ini. Saya tidak pernah akan lupa! Jumpa lagi selepas ini!” Valdes menjuarai Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali bersama Barcelona dan berada dalam skuad Sepanyol yang memenangi Piala Dunia dan Kejuaraan Euro 2012. – AFP

Victor Valdes gagal untuk menjadi penjaga gol nombor satu Man United dan sering bermain sebagai pemain simpanan sahaja. – Reuters
Victor Valdes gagal untuk menjadi penjaga gol nombor satu Man United dan sering bermain sebagai pemain simpanan sahaja. – Reuters