Valencia ajar Monaco

Valencia ajar Monaco

VALENCIA, Sepanyol, 20 Ogos – Jaringan Rodrigo, Dani Parejo dan Sofiane Feghouli memberikan Valencia kelebihan 3-1 untuk berada dalam pusingan kedua play-off Liga Juara–Juara semasa menentang Monaco di Mestalla semalam.

Pasukan dari Sepanyol itu bermula sempurna apabila Rodrigo menjaringkan gol pembukaan selepas hanya empat minit tetapi Monaco terus menekan dan menyamakan kedudukan awal separuh masa kedua menerusi Mario Pasalic.

Bagaimanapun, pasukan suku akhir musim lalu terjejas dengan pertahanan hambar ketika sepakan Parejo melantun dan jaringan lewat Feghouli meletakkan Valencia dalam keadaan selesa untuk aksi timbal balik dalam peringkat kumpulan buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun. Pasukan itu akan bertemu sekali lagi Selasa depan.

“Saya menilai kemenangan itu. Ia perlawanan yang bagus dan fundamental bagi kami untuk mencatatkan kemenangan hari ini,” kata bos Valencia, Nuno Easpirito Santo. “Ia perlawanan yang kami fikirkan sejak perlawanan liga yang lalu di Almeria. Saya menilai usaha pemain dan sokongan peminat.”

Bagaimanapun, jurulatih Monaco Leonardo Jardim percaya pasukannya layak menerima lebih lagi dan mengkritik persembahan pengadil Mark Clattenburg. “Malangnya suku akhir musim lalu terdapat banyak kesilapan pengadilan,” katanya.

Pertahanan Monaco, Wallace Fortuna (kanan) cuba mengekang kemaraan midfield Valencia, Enzo Perez (kiri) dalam saingan play-off di stadium Mestalla di Valencia semalam. – AFP
Pertahanan Monaco, Wallace Fortuna (kanan) cuba mengekang kemaraan midfield Valencia, Enzo Perez (kiri) dalam saingan play-off di stadium Mestalla di Valencia semalam. – AFP

“Untuk berlaku lagi dalam play-off bukanlah sesuatu yang positif bagi UEFA, bagi Monaco, bagi Perancis dan UEFA perlu menghormati Perancis seperti yang mereka lakukan kepada negara lain.”

Monaco beraksi tanpa pemain berpengaruh Joao Moutinho dan Layvin Kurzawa kerana kecederaan dan pengganti mereka, Kurzawa dan Elderson melalui masa sukar ketika Valencia bermula dengan baik.

Pemain dari Nigeria itu menyaksikan Feghouli berada di belakang untuk membuat tandukan dari sudut kiri yang menerjah gawang dan meletakkan Rodrigo dengan penyudah mudah untuk meletakkan tuan rumah di depan.

Pasukan pelawat berpeluang untuk melepaskan rembatan hampir segera dalam permulaan perlawanan, tetapi Anthony Martial gagal untuk mendapatkan bola yang didakap Matthew Ryan. – AFP