Valencia capai impian Eropah, Eibar, Almeria tersingkir

Valencia capai impian Eropah, Eibar, Almeria tersingkir

MADRID, 24 Mei (AFP) – Valencia melengkapkan kedudukan mereka dalam Liga Juara-Juara musim depan ketika Eibar dan Almeria disingkirkan pada perlawanan akhir dramatik musim La Liga.

Deportivo La Coruna kembali bangkit setelah ketinggalan 2-0 di Barcelona untuk menjejaskan perlawanan di gelanggang sendiri Xavi Hernandexz di Camp Nou dan terus bangkit dengan mencatatkan keputusan 2-2 bersama Granada yang mengikat Atletico Madrid 0-0 di tempat sendiri.

Satu mata sudah cukup bagi memastikan Atletico melangkah terus ke peringkat kumpulan Liga Juara–Juara musim depan di tempat ketiga, sementara Valencia terpaksa bangkit dua kali dari belakang untuk mencatatkan kemenangan 3-2 di Almeria dan menyelamatkan tangga keempat.

Musim pertama menarik Eibar di kedudukan teratas bukanlah penamat yang menarik selepas tersingkir biarpun hanya kemenangan kedua dalam 20 perlawanan dengan kemenangan 3-0 di tempat sendiri menewaskan Cordoba kerana rekod menarik mereka bersama Deportivo dan Granada.

Athletic Bilbao juga menyelamatkan persaingan Eropah bagi musim depan dalam Liga Europa menerusi kemenangan 4-0 membenam Villarreal.

Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik kelapan musim ini untuk melengkapkan kasut emas dengan 48 jaringan liga ketika Real Madrid menamatkan kempen itu dengan membenam Getafe 7-3.

Javier Hernandez, James Rodriguez, Jese dan Marcelo juga menjaringkan gol bagi Los Blancos, sementara pemain remaja Norway, Martin Odegaard membuat kemunculan pertama dalam apa yang dijangka adalah perlawanan terakhir Carlo Ancelotti membimbing juara Eropah itu.