Valencia lantik pengarah sukan bantu Neville

Valencia lantik pengarah sukan bantu Neville

MADRID, 14 Jan (AFP) – Pasukan La Liga, Valencia yang sedang bergelut, melantik semula Jesus Garcia Pitarch sebagai pengarah sukan kelab itu untuk membantu mengubah nasib kelab yang dibimbing Gary Neville.

Neville masih belum memperoleh kemenangan di La Liga selepas lima percubaannya sejak mengambil alih dalam pengurusan senior pada bulan lalu.

Valencia kini berada di kedudukan ke-11 liga, 16 mata ketinggalan daripada sasaran pramusim mereka untuk menamatkan saingan di empat pasukan teratas.

Garcia Pitarch menjadi pengarah sukan ketika zaman kegemilangan kelab itu antara 2002 dan 2004 sebelum dibuang, susulan pergaduhan dengan lembaga kelab dan jurulatih, Rafael Benitez.

“Kami sudah memaklumkan kepada peminat dan pemegang saham yang kami menyemak semula dan sentiasa berusaha untuk membaiki struktur sukan kelab ini,” kata presidennya, Lay Hoon Chan.

“Jesus pernah mencapai kejayaan di peringkat tertinggi dan mahir dengan kelab bola sepak Valencia. Kami percaya dia adalah individu yang sesuai untuk kedudukan yang penting ini.”

“Saya tidak mahu merendahkan harapan mengenai Valencia. Di La Liga dalam beberapa minggu ini, kami tidak mencapai keputusan yang diingini dan saya harap yang kami perlu mula memenangi perlawanan dengan cepat.”

ARTIKEL YANG SAMA